Wednesday, September 29, 2010

kerna engaku tidak perna tahu betapa cantiknya dirimu..wanita

Menjadi seorang muslimah ataupun wanita merupakan anugerah yang paling indah. peribadi muslimah sejati akan memberi impak kepada dunia, dan selalu memberi impak kepada sesama muslim di dunia ini. saya mahupun anda diluar sana  selalu merasa yang kita tak punya atau miliki apa2..iyakan??? padahal tanpa kita sedari, kita sudah pun miliki segalanya, ya..kesedaran itu baru datang dalam diri ini, ayuhlah saudaraku yang bernama wanita, jangan merasa kecut jiwa  dan rasa tidak punya kelebihan apapun.."engaku memang cantik"!..hmmm, kita memang cantik..sebab kita adalah ciptaan terindah..hari ni terasa ringan tangan untuk berkongsi sesuatu untuk insan2 yang bergelar wanita, mungkin saya tidak layak untuk berkata, kerna diri ini tidaklah sebaik mana, tapi setiap hari diri ini mencuba menjadi yang terbaik dan memperbaiki setiap kelemahan dan juga kesilapan..insyallah, dr.H perna kata"selagi kita berniat ingin menjadi seorang yang baik, insyallah tuhan akan selalu menemukan kita dengan org2 yg baik juga" jadi sentiasalah berkeinginan menjadi seorang wanita yg baik di samping berusaha semaksima mungkin...insyallah..


"WaHaI WanItA, EnGkAu mEmAnG CaNtIk"

selagi engkau tidak melulu,

selagi engkau menutup malu mu,

selagi engkau memelihara adab,

selagi engkau menjaga aurat,

selagi engkau menjaga waras,

selagi engkau waras berhias,

selagi engkau bersifat fitrah,

selagi engkau pentang menyerah,

selagi engkau terus bersabar,

selagi engkau terus bersolat,

selagi engkau lurus bertaubat,

selagi engkau jujur berilmu,

selagi engkau suami tak jemu,

selagi engkau membaca al-quran,

selagi engkau beradab sopan,

selagi engkau kasih ibubapa,

selagi engkau mendidik keluarga,

selagi engkau pandai menjahit dan memasak,

selagi engkau menyertai kem ibadah,

selagi engkau sabar dan tenang,

selagi engkau tegakkan islam,

selagi engkau mencegah kemungkaran

selagi engkau berkebajikkan,

selagi engkau berniatkan tuhan,

dan engkau memang cantik kerana kau sedindah islam..

yah...inilah yang dinamakan "cantik"

mungkin, daku, kamu dan sesiapa saja menilai kecantikan melalui paras rupa, tapi kecantikkan itu adalah satu yg subjektif..tapi resah hati ini bukan sebab tidak nampak cantik di luaran atau paras rupa, tapi..mampukah daku mencantikkan hati dengan kebaikkan selama hidup ini...terlalu bnyk kesilapan daku lakukan mungkin, sedar atau tidak...
tapi wanita..bersyukurlah dgn kurniaan keindahan atas diri kita...sebab selagi kita reda menerima islam sebagai satu-satunya cara hidup, kita akan sentiasa cantik sebab itulah satu-satunya jalan yang memandu arah dan tujuan sbnr hidup kita.jadi..bilang lah pada diri sendri..kita akan nampak cantik selagi nampak cantik dalam bingkai cermian yang berbunga dari kamar bersama iman dan maruah yang suci...


Monday, September 27, 2010

Muslimah Memang Tak Guna ................

Muslimah Memang Tak Guna ................


Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakankomen anda secara terbuka.

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalamayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A...peringatan untuk diri saya sendiri dan mereka diluar sana...

Friday, September 17, 2010

i'm really like u

I love to see your face..
Because u were seated in my heart
I love to see your smile..
Because you make my heart feel happy,
I love to hear your voice..
Because, its make my heart beat tempestt..
I like the way your speech..
All that really reflects who are u act..
I love when u say ”miz u”
Because its reflects how i was so important in your life..
But sometimes,
I’m sad when u say ”i’m buzy right now”
Because my heart will ask ”the other is more important than me”
And it will hurt me..
Many things u r do really hurting me..
Even if u do not realize it..
Yah...but it’s all in the past..
Now..i’m trying to understand..
Maybe i’m not gud enough for u..but..
I’ll try to be the best for ”him”

Never Gonna Leave Your Side


I feel like a song without the word, 

A man without a soul 

A bird without its wings 

A heart without a home 

I feel like a knight without a sword 

The sky without the sun 

Cos you are the one.. 



I feel like a ship beneath the waves 

A child that lost its way 

A door without a name 

I feel like a breath without the air 

And ever day’s the same 

Since you’ve gone away.. 



I gotta have a reason to wake up in the morning 

You used to be the one that put a smile on my face 

There are no words that could describe how I miss you,And I miss you everday.. 



And I’m never gonna leave your side again 

And I’m never gonna leave your side again, 

Still holding on girl 

I won’t let you go 

Cos when I’m lying in your arms 

I know I’m home.. 



They tell me that a girl can lose his mind 

Living in the pain 

The call in times gone by 

The crying in the rain 

You know I’ve wasted half the time 

And I’m on my knees again 

Till you come to me.. 








Monday, September 13, 2010

Senyum tawa dan juga tangisku.


Senyum tawa dan juga tangisku..

kenapa aku senyum???
mestilah, diri aku..dan punya senyumanku..
aku senyum bila aku rasa sangat happy..
bila aku rasa gembira dan juga bahagia..
senyumku ku juga terukir bila lihat insan2 tersayang bahagia..
bila lihat insan tercinta gembira..
bila lihat dia yang ku kasihi ada di depan mata (ayahibu)
aku juga senyum bila org2 di sekililingku senyum padaku..


tangisku???
aku menangis bila aku sedih..
nanges bila kemarahan yang aku tanggung tidak terungkai..
nanges..bila aku terluka..dilukai..dan juga melukai..
nanges..bila insan yang aku cintai sakit..
nanges bila aku merindui mereka yang disayangi..
nanges..bila masalah membebani kepala..
nanges..bila bulan mengambang..
nanges..bila ingat luka masa silam..
nanges..bila aku rasa tidak diperlukan..
nanges.. bila terasa hati..
nanges..bila makanan di salah masakkan..
nanges..bila mood tiba2 hilang..
nanges..bila mimpi dia yang telah pergi..
nanges..bila mak aku nasihat..
nanges..bila bapa aku kucup dahi aku..
nanges..bila lihat adik2 aku nanges..
nanges..bila aku aku ingat khdpn kecilku..
nanges..bila terasa diri tidak diperlukan..
nanges..bila ada sesuatu yang tidak berbalas..
nanges..bila harus mengecewakan...
dan nanges..bila kenang dosa nan silam...huhuhuhu
 see???? dalam hidup ni aku lebih banyak menangis daripada ketawa dan tertawa...
sebab airmataku free..teda bayaran..huhuhu..betolka??
ehmmm..tidak..tapi sebab..perasaan ku terlalu halus dan susah untuk dimengerti..
                              
                                                                                            permysurylyeenda......




Friday, September 10, 2010

Raya uPsI Tanjung Malim..To..PutrAJAya..1 syawal 2010..



salam syawal..
ni entry last aku sebelum aku pulang KL esok untuk sambung raya
ngan family abg aku, mo cerita cket, tahun ni masuk tahun ketiga aku dak pulang raya
p kampung, dak rindu???? hmmm hanya tuhan jak yang tahu apa perasaan ketika ini,
teda insan yang gembira menyambut lebaran tanpa family terutama ayah dan juga ibu,
senyum yang terukit tak mampu mengambarkan perasaan sebenar..
hakikat lah katakan,
tapi aku yakin..pasti ada hikmah di sebalik semua ni,
tapi tu lah cian ngan mak aku,
aku baru kol..dia sua nanges..
naaaa..tidak kah sayunya hati seorang anak mendengar tangisan kasih dan rindu seorang ibu???
fikirlah sendri..tepuk dada tanya iman..
tidak sedihka hati seorang ayah bila anak2nya ketika kecil dulu yang selalau
duduk di ribaan dan menyambut syawal bersama pada hari ini
tiada di depan mata???
bukan seorang..tapi 7 orang anak..
bayangkan betapa berkecainya dan luluhnya hati mereka..
tapi apakan daya ibu ayah..
semua ni bukan di sengajakan oleh anak-anakmu..
fahamilah daku..
daku di sini juga merasa kosong dan hambar..
apapon raya tetap raya..kena tabah then buat seperti besa..




ya allah, diriku, hatiku..
tabahkanlah wanita ini dalam menempuh liku dan dugaan yang engkau berikan
sesungguhnya hatinya sangat rapuh meskipun dia terlihat sebagai seorang yang tabah,
senyuman yang terukir di wajah ini adalah ikhlas
untuk semua agar dengan senyuman ini mampu mengembirakan
hati yang lain..
iringilah setiap langkahku agar aku sentiasa terpelihara..
amin..
mudah2han ramadhan dan syawal kali ini
mampu menjadi pengajaran dan mendidik jiwaku..
buat makdan ayah di kampung..
ku kirim kucupan dalam angan mengharap keampunan dosa nan silam..
buat semua..camat raya,, maaf zahir dan bati..

Thursday, September 9, 2010

PROGRAM GAWAI DAN TADAU KEAMATAN 
BEST FROM STUDENT SABAH AND SARAWAK
6,7 DAN 8 OGOS 2010......

"geng keras" sarni, lyeenda, dayang dan juriah..
tym ni tengah rehat2 dalam panggung budaya..
so tired but siuk.."ayat sarni"

 geng2 AJK MAKANAN,,
comey-comey kan..hihihih