Saturday, February 20, 2010

MeNaNtI CiNtA

lama aku berdiri dalam sepinya rongga hati..
tidak satu pun guruh mampu menjawab..
hanya padamu aku bertanya..
lweat setiap sujudku ini..
siapakah nanti cinta untukku..
wahai penilai hati lihat batinku..
nyaris bernanah kerana luka tersayat..
merana menantikan kisah dan kasih hidupku..
rahasia itu hanya engkau yang tahu..
namun aku tak mahu menjadi tuna cinta..
tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku...
..............................................
KD.."MENANTI CINTA'

KeLaHiRaN BeRsEjArAh bUaT DaKu

20 february..adalah hari yan paling bersejarah buat daku dan juga ibuku..genapnya umurku 22 tahun
dan lama aku menantikan saat ini datang, tatkala jarum jam tepat menghala angka 12.00 am...
saat itulah ...
degupan jantungku semakin laju, saat itu jugalah tumpahnya airmata kasih untuk ibuku yang tercinta, seperti tumpahnya darah bondaku ketika melahirkan aku,
 seperti mana tumpahnya airmata bondaku menahan kesakitan ketika melahirkan daku, 
 betapa aku bersyukur dilahirkan kedunia ini dan dididik menjadi manusia yang sebenar-benarnya manusia....sebak di dada bagai tak tertanggung, namun ku gagahkan diri agar tidak terlalu rapuh dan tenggelam dengan perasaan.....entahlah, orang lain mungkin ketawa bergembira menyambut hari kelahiran, tapi aku terlalu sedey, dalam ingatan daku saat ini adalah bondaku yang tercinta, yang sangat berkorban untuk daku. pagi tadi bondaku call dan wish ulangtahunku, padahal itulah hari yang penuh bersejarah juga buat dia,lepas tu adik dan kakak plak wish, so bahagia aku saat ini,dan pas tu ptg anak buah aku plak kol dan wish, dia ckap gni  ni taw "cek lyn, selamat hari jadi, keknya nanti aku besar baru aku bagi" hihihhi..sangat comel...ternyata kehadiran daku dalam keluarga ini sangat bermakna buat mereka, yalah mana tak nya, daku kan jauh,huhuhuhuu
hari ni sempena hari lahir, tak banyak aktiviti yang aku lakukan ,just duduk di umah, siapkan asaimen..huhuu
tapi tak apalah, yang penting..aku sangat2 bersyukur sebab masih di panjangkan usia hingga hari ini..
pada bondaku yang tercinta...rindu kamu saat ini, nantikan kepulangan daku mak, dan kita akan serikan umah itu lagi dengan senda gurau ku..love u.
pada kengkawan..tengs ni ya, daku juga sayang kalian...
doakan aku hidup lebih baik dan mendapat keredhaannnya..
mudah-mudahan aku juga semakin matang dalam menghadapi hidup ini.
eh...dan satu lagi, moga di cepatkan jodoh..hihi amin..


Wednesday, February 17, 2010

PaNtUn KEgErAmAn YaNG MeNyErAnGkU

HUHUU..kegeraman datang bertalau-talu..
macam kompang di palu pengantin yang mo lalu..
menyesakkan kalbu ku yang semakin di asak dengan masalah yang datang tak menentu..
biarpon masa teros berlalu..
apa jak yang aku tak lalu???
bukit bukau..gunung ganang..sungai parit..sampah sarap yang berbau..???
huhu..sangat perit rasaku..
dari sabah sampai ke perak..tersangkut di kota marudu..
apa jak yang aku tak lalu..?
laut cina selatan pon aku da lalu..
tapi masalah  tetap juga mengejarku..adusss
masalah yang sama lagi tu..
dak lama botak kepala ku..
kalu jalan macam ada jak suara2 yang menyindirku..
heeeem..tengok ulat tu, senyom sumbing da melihatku..enjak nanti baru tau!
lalat lagilah..buat rombongan ngutuk aku..
kambing pon tak sudi da mo pandang aku..
apalagi lembu yang tak pakai baju tu...
sengajalah tu nak perli aku...
eeeeeeeee geramnya akuuuuuu..
kalu berani mari kita beradu..aku ada tekwando..
kita tengok sapa pengsan dulu..ko atau aku..??
huhhuhuu..sakit hati aku..
kegeraman terus memburu..uwaaaaaaaaaaaa
aku pon taktau..apa uda aku mengarut tu..
xda kena mengena ngan sapapon baitu..
saja jak aku..
menghilangkan keboringan yang datang melulu..
huhuu dengan masalah yang terus memburu..jiwaku semakin rapuh..alahai..
ya allah tolonglah hambamu..
maafkan andainya aku merapu...huhuuhuhu

Monday, February 15, 2010

ApA YaNg hArUs kU KaTaKaN PaDaMU wAhAi sAnG lElAki????

apa yang harus aku perkataakn padamu wahai sang lelaki???
kehidupanku adalah duniaku..
cita-citaku adalah impian ku..
dan harapanku adalah kedua ibubapa dan juga masa depanku...
jangan zalimi aku dengan rasa cinta dan juga harapan kalian...
kerna aku tak mampu untuk memilih dengan lebih baik..
kerna aku tak mampu mambuat hati kamu luka pedih dengan setiap kata hatiku...
relakanlah kamu berundur..
jangan terus mara menjulang perasan itu kepadaku..
jangan biarkan aku dan jiwaku terbeban dengan rasa bersalah atas segala kekecewaan yang bakal aku ciptakan untuk kamu...
sungguh aku tak mampu...
kerna setiap kali kamu hadir dalam hidupku...
seribu kali aku akan rasa peritnya perasan itu...
namun apa yang harus aku perkatakan padamu??
haruskah aku menolak semua harapan itu meskipun kamu menjulang suci niat itu..
haruskah aku merelakan saja perasaan ini sedangkan aku sendiri tak pena rela untuk di cintai..
atau haruskah aku membuang sejauh mungkin harapan kalian semata-mata untuk harapan yang belom pasti kewujudannya disenangi..??
mengapa peritya ujian hati saat ini...
ya allah..sesunguhnya dalam diri ini tercipta seketul hati hanya untuk seorang lelaki..
justeru itu aku memohon..agar aku terpelihara dari noda-noda nafsu cinta manusiawi...
kurniakan lah aku seorang lelaki yang mampu membuat aku menjadi seorang wanita selayaknya siti mut"hia..
kunikanalah aku dia yang sesungguhnya mencintai kamu lebih daripada mencintai aku...
dan kurniakanlah aku dia yang takut untuk mencipta duri di atas jalan-jalan cintanya yang suci..
agar sempurnalah jalan cerita kehidupan kami yang mengagugkan cinta hakiki..
agar bersualah kami padamu dengan kshyuk hati yang mengurniakan kami hati-hati yang jernih...
agar beramal solehlah zuriat-zuriat kami yang menjadi amanah untuk kami di duniawi ini...
ya allah..jangan palingkan hati ku ke arah kegelapan cinta..
kurniakanlah aku jalan kehidupan yang selayaknya untuk aku jalani..
mesikpun penuh onak dan duri..
aku redha ya allah..
kerna aku amat yakin...
segalanya yang kau ciptakan untukku adalah yang terbaik bagiku....amin..









Saturday, February 13, 2010

KeBoSaNaN MeNyErAnG!

"kebosanan menghambat diriku..
angin malam juga bagaikan menjauh..
kerlipan bintang kelihatan malap..tidak seindah biasa.
mungkin langit juga sedang tegang sepertiku...
ya allah, kini diriku sendiri..terasing dari kebisingan dan keserabutan hidup..
namun adakalanya masa-masa seperti ini aku juga tercari suara keriangan..
betapa hidup ini sungguh mengelirukan..
sangat susah untuk di mengertikan..
apalagi untuk di jalani.."

 Malam ni..ya allah sungguh-sungguh membosankan aku,hanya puisi sekerat ni jak lah yang mampu aku create untuk mengambarkan betapa aku telah di telan kesunyian dan kebosanan..hikhikhik, no idea da...
kadang2 terfikir jugak..bahagianya member2 aku yang da pulang kampung bercuti dengan family..sedangkan aku di sini..macam kerang busuk menunggu masa untuk di baling juah-jauh jak..tapi aku dak lah busuk mana..hikhik..just perumpamaan yang aku suka duka jak aku say,tapi kadang-kadang best jugak duduk dalam sunyi ni..tenang minda..mewujudkan gelombang alfa..heheh
kalau sua musim kuliah..hah gelombang nya lagi dasyat,,mintak ampun..kalah gelombang beta da..tsunami rasanya..huhuhuhu
bila sua sunyi-sunyi ni mulalah tumbuh tanduk fikir macam-macam..tapi yang paling kuat bermain di fikiran aku karang ni.."kelaparan"..dua hari da tak makan nasi sebenarnya..ntah selera tetiba menghilang, aisemen..yaka tu...padahal, malaz mo p cari makanan d bawah,.hihii
tapi dakpa..makan biskut jadilah barulah nampak betol anak perantau..haha
bosan..bosan..bosan...ya ampunnnnnnnn!!!!!!!!!!!!

PeNgArUh sOlAt dAlAm kEhIdUpAn

Solat merupakan alat yang mampu menghentikan seseorang berbuat maksiat, keji dan munkar sebagaimana firmannya:
"Dirikanlah sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan2 keji dan munkar. dan sesungguhnya mengingat allah (solat) adalah lebih besar keutamaanya dari ibadah2 yang lain."
                                                                                                                            (surah al-ankabut: 45)
sembahyang bukan saja hubungan secara vertikal antara makhluk dan penciptanya, namun buah daripada solat itu sentiasa akan tercermin di dalam kehidupan seharian manusia. Tetapi, hal ini hanya boleh terjadi apabila solat dilakukan dengan penuh kesedaran sebagai seorang muslim dan tuntutan iman serta didukung oleh akal fikiran dan juga perasaan, oleh itu sembahyang akan berkesan dalam pelbagai aspek kehidupan.
akhlak dan moral :taerjauh dari dosa dan kekejian
seseorang yang solat dengan baik akan menjadi orang yang berakhlak mulia serta tidak akan hina,menjadi taat dan tidak melakukan khianat,lebih-lebih lagi maksiat. Kerana maksiat merupakan dosa yang hanya dilakukan oleh oleh mereka2 yang sesat,padahal dosa adalah suatu yang mesti dijauhi.allah berfirman : "dan tinggalkanlah dosa2 yang nampak dan yang tersembunyi, sesungguhnya orang2 yang mengerjakan dsa, kelak akan di beri pembalasan disebabkan oleh apa yang mereka telah kerjakan"
                                                                                                                            (surah al-an"am :120)

 Hanya orang-orang yang ikhlas iaitu orang-orang yang tulus dalam beribadah yang terlepas dari biusan dan hembusan syaitan. Sembahyang yang dilakukan kerana ketundukkan hati dan kejernihan fikiran akan mampu menghapus perbuatan buruk
"Dan dirikanlah solat pada dua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian daripada malam,sesungguhnya perbuatan2 yang baik itu menghapuskan dosa (perbuatan2 yang buruk) itulah peringatan bagi orang2 yang ingat"
                                                                                                     (surah hud:114)
Dari Abu Hurairah r.a : 'saya mendengar rasulullah saw bersabda:
"Tidakkah kamu memperhatikan seandainya terdapat sungai di pintu salah sorang daripada akamu, dia mandi di sugai itu lima kali sehari. masih adakah sisa kotoran yang melekat pada badannya?? Mereka menjawab : "tidak akan tersisa sedikit pun daripada kotoran itu".
Beliau bersabda : Demikinlah perumpamaan sembahyang yang lima waktu itu,allah akan menghapuskan kesalahan.
                                                                                                                                     (Muttafaq Alaih)

Friday, February 12, 2010

AyAhBoNdA TErCInTa..

....Di Kejauhan ini aku terperosok sendiri,jauh dari belaian kasih sayang dan perhatian kalian..
di sini aku juga belajar merindu dan mengenang kembali perit dan susah payah kalian membesarkan anakmu ini..betapa aku terseksa menanggung rindu dan setiap aat aku menghitung hari untuk pulang kembali....
mama..tiap saat aku merindui raut wajahmu yang penuh rasa kecintaan terhadap anakmu ini,tangan kasar itu tetapa lembut membelaiku..meskipun masa terus berlalu, kasihsayangmu tetap utuh..senyumanmu menjadi kekuatan buat daku..dan segala nasihatmu menjadi teman setia diriku..
mama...akanku pimpin tanganmu dengan penuh rasa kasih sepertimana engkau memimpin tanganku ketika aku masih kecil, takkan sekali-kali aku lepas meskipun kudrat ini semakin rapuh..
ayah...andai saja engkau tahu..betapa aku terlalu mengagumimu, meskipun ketika kecil aku sering di tinggalkan dan situasi itulah yang membuat hubungan kasihsayang di antara kita renggang hingga ke dewasa ini,aku akui aku ketandusan kasihsayang dan belian ayah, namun hari ini aku faham betapa besarnya pengorbananmu,
ayah..maafkan aku sekiranya dulu aku salah mentafsir tentang kasihsayangmu..dan kini, di kejauhan ini, diri ini tercari-cari bayangan pengorbananmu untuk ku pupuk kembali rasa kasihsayang antara kita...
ayah..jangan lagi perna berkata yang engkau akan pergi buat selamanya sebelum aku berjaya..kerna aku terseksa dengan kalimah itu..
ayah,ibu..
titisan airmata kalian ketika akau mula melangkah pergi masih segar tertanam dalam ingatan ini..
saat itu, tangan ini terasa sangat ingin menyapu airmata itu kerana denyutan nadi ni bagaikan terhenti tatkala melihat airmata kalian jatuh...namun maafkan daku ayahibu..kerna saat itu jiwaku terlalu rapuh,aku tersentuh dengan pelukkan serta ciuman kasihsayang dari kalian...aku terus melangkah dengan tangisan yang segaja aku sembunyikan..namun aku sempat menoleh,,dan saat itu hati berbunga kerna kalian mekemparkan senyuman selamat jalan buatku..dan saat kaki melangkah..di saat itulah daku terasa kebahagiaan ku di ragut,kamu adalah sumber kekuatan..
aku tahu pemergian aku juga bagaikan merobek sedikit kegembiraan dan kebahagiaan kalian..dan kadang-kadang mewujudkan kerisauan di hati yang gundah..namun ketahuilah ayah ibu..anakmu juga merasa yang sama..hanya yang mampu aku berikan di kejauhan ini adalah doa buat kalian..daku terlalu merindui..ayahibu!!!

Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa”

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
 
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
 
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
 Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
 
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.”
.........
"Ayah dan ibu                                            "Demi cintaku ini
Itulah permulaan kami                               Aku kan berjanji berbakti padamu
Dapatlah melihat bulan dan                       Walau ku tahu tak mungkin dapat membalas jasamu
Matahari                                                    Demi kasih dan syaang
Ahai...                                                        Aku rela berkorban apa saja
                                                                  Kerna kini ku tahu syurga
Yang dikurniakan dari Ilahi                       Di tapak kaki ibu.......
Ahai...
Ayah dan ibu lah                                        Oh Tuhan ampunilah dosa-dosaku
Mesti dihormati                                          Dan dosa kedua orang tuaku
                                                                   Kasihi mereka sebagaimana mereka
Ayah dan ibu                                              Mengasihiku sewaktu dahulu...amin ya allah..
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat........"sudirman"


tahukah kalian bahawa aku adalah pencinta bulan????
hikhik..aku memang suka sangat2 tengok bulan mengambang,cantiknya ya allah...mintak ampun!!..memikat setiap mata yang memandang..
aku paling suka tengok time bulan tu nak kuar..apalagi time purnama.."subhanallah..citer sal bulan aku ada story sendiri yang sangat2 berkaitan dgn bulan purnama ni..masa tu aku dalam tingkatan 5 x silap..
dan memory ni masih d ingat lagi sampai skng, malam tu sepupu aku datang umah..sbb family dia jalan jauh,ngam lagi malam tu memag bulan betol2 mengambang..masa mula muncul tu..alahai..luluh hati bila tengok..pas tu aku pun sediakanlah apa yang patut..sebab aku ada satu tabii bila tengok bulan.."makan telur rebus tiap kali tengok bulan" lebih nikmat n indah malam tu..kalu tak pecaya..just try it!
pas tu kitaorg pon duduk lah kat beranda luar tu sambil becerita2..cerita punya cerita...tetiba blackout..memag lah tak gelap mana sebab ada cahaya bulan time tu..tapi time tu bulan da di atas bumbung da..jadi akan gelap sedikit..bila mati je lampu kitaorag pon serbu kat pintu..takutkan..huhuhu..malang tak berbau..ingatkan pintu tak tutp sekalinya...papppppp!!! dua-dua jatuh balik,huhuhuu..pas tu bila je org dalam umah dgr suara kitaorg terlanggar pintu..suma kuar..ya allah masa tu tuhan je tahu macamna sakitnya...memang malang malam tu...dahi ngn dahi ngan lutut rasa macam kena belasah jak..sekalinya besok paginya..benjol d dahi..sepupu aku x apa2..dia sakit kat bahu je sebab aku dulu yang langgar pintu..dia langgar aku plak..alahai..bulan punya pasal..tapi biarpon begitu aku tetap x serik...hikhikhik..i love so much bulan..tapi suma ni d kampung sak lh aku bule buat bgni..bila jauh d perantauan ni..xda peluang langsung..sangat payah..memang payah!! dan tidak menikmati cahayanya secara tulus..chewaaahhh..hihih..pada sesiapa yang sama sepertiku..mencintai bulan..salam ukkhwah..

aku tak simpan pic bulan tym d kg..sbb jauh sangat n x seswai..  
ni bulan tym baru mo keluar,tym ni lah yang paling cantik sebenarnya..akan nampak lebih besar dan bulat.jadi kalu nak rasa lebih seronok tgok bulan,tengoklah tym mula2 bulan keluar..so beautifull!!! 
                                                                                                                                         
ni plak tym bulan da meninggi..x cantik mana but masi juak kelihatan menawan..hikhikhik
hah yan ni plak,aku  panggil bulan tengah sakit,tym ni jiwa memang berantakan,dahlah bulan kuar sebulan sekali jak penuh..tapi awan cemburu sbnrya..hihi

aku ada ingat satu lagu iwan bunyinya macam gni.."bulan..ku sebut namamu selalu.. urmmmmm...lupa plak..xpa nanti aku create puisi tentang bulan pas ni..

"HiLaNgNYA RaSa PeRiKeMaNuSiAAN WaNiTa"


lihatlah dunia...lihat..dan lihatlah...buka mata
betapa semua petunjuk terang lagi bersuluh,
namun penghunimu bagaikan buta untuk melihat.
pekak untuk mendengar dan amat jahil untuk berfikir..
apa mereka fikir andai saja bumi terbelah dua mereka masih mampu tersenyum seperti hari ini??????
mereka masih mampu menidakkan tibanya hari itu????
senyum dan ketawalah wahai wanita..andai senyuman mu itu mampu membuatmu rasa bahagia..
tapi ingat, kesakitan yang bakal engkau nimatai adalah kesakitan yang berganda2...
wanita..kemana hilangnya maruah kalian???
kemena perginya harga diri??????
dan kemana lenyapnya rasa perikemanusiaan yang ada dalam diri kalian????
andai saja kalian mampu melawan hawa nafsu dunia..tidak mungkin tangan-tangan kalian akan kotor dengan membuang bayi yang telah kalian kandungan kan sendiri...
andai saja kalian tahu betapa perihnya perasaan tatkala melihat bayi yang kalian buang..
kenapa harus malu melahirkan bayi hasil daripada hubungan haram kalian?????
kenapa kalian tidak merasa malu kepada tuhan sewaktu berbuat dosa itu?????
apa dosa mereka??? mengapa mereka di hukum atas dosa yang kalian lakukan?????
tidakkah anda merasa bahagia tatkala melihat bayi2 itu tersenyum gembira..dan membesar dengan penuh riang ria...yang mana bila kalian menghulurkan tangan..mereka akan ketawa dan suka serta tersenyum manja...
wahai wanita-wanita...
sedarlah kalian...hentikan perbuatan keji itu..
rauplah wajah2 mereka dengan penuh rasa kecintaan..
kenangilah hukum tuhan!!!!




"BeRaKhIrNyA KeInDaHaN dUnIa"

hari ni memang jumaat yang indah..huhuhuu..hari d mana bermulanya cuti midterm yang aku tunggu selama ni, bukannya aku nak g melancong atau apa..tapi aku sangat2 merindukan kesepian dan ketenangan.insan2 seperjuangan dengan ku mula melangkah dengan bahagia menuju ke pangkuan family masing2..ceeewah..ayat sedey ni sebenarnya..tapi apakan dayaku..beginilah nasib c perantau..yang mana siangnya bagaikan berpaut pada dahan..dan apabila malamnya berselimutkan ranting...jadi apa yang mo d kongsi pada hari ni ialah..sedikit cerita mengenai hari akhirat, memandangkan hari ini adalah hari jumaat yakni hari segalaa hari dan d mna ia juga hari berlakunya kiamat..jadi sy nak kongsi sedikit ilmu yang mungkin bermanfaat untuk kita bersama...
"PeRSIaPaN mEnGhADApI hArI KiAmAt"
Telah dinyatakan bahawa tanda2 kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya hari kiamat dan bakal menyusul pula tanda2 kiamat besar. Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih 90 tanda walaupun berbeza menurut para penghitungnya.Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti
seperti yang dinyatakan dalam hadis iaitu : sabda Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmidzi
tanda-tanda kiamat kecil mengikut dalil:
1) Dari Auf b. Malik r.a., katanya,"Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat" Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
3) Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
4) Bermaharajalela alat muzik
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita" - Ibnu Majah
5) Menghias masjid dan membanggakannya
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
6) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat  Ahmad dan Hakim
7) Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
8) Ramai orang soleh meninggal dunia
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
9) Orang hina mendapat kedudukan terhormat Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat
ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani
10) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.""Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
..cuba renung dan fikirkan..apakah suma tanda ini telah berlaku pada dunia hari ni??? ianya sangat jelas..di sini aku ingin melontarkan rasa sakitnya jiwa dan menderitanya naluri kasihsayang apabila melihat di dada akhbr ada saja bayi yang di buang hasil daripada perbuatan keji dua insan yang terlalu rakus mengejar keindahan dunia sehinggakan mereka lupa segala hukum allah



Thursday, February 11, 2010

Laman ilmu...”pengisian untuk hati”

daku bukanlah seorang insan yang mempunyai ilmu yang tinggi, segala coretan ini ku isi berpandukan buku-buku di meja penulis.segala yang baik datangnya dari allah dan segala yang buruk mungkin berpunca dari diri daku sendiri..mari mengisi jiwa dengan ilmu allah...

“KeDuDuKaN SEMbAhYaNg Di dAlAm iSlAm”
ALLah telah berfirman : “seseungguhnya allah dan malaikat2nya berselawat untuk nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu untuk nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”
(surah al-ahzab:56)

ketika mi”raj (naik ke langit hingga ke sidratul muntaha) rasulullah saw menerima perintah ilahi mengenai sembahyang fardhu lima kali sehari semalam. Ketentuan itu ditetapkan di langit agar sembahyang menjadi mi”raj yang mengangkat martabat manusia lebih tinggi, sehingga sanggup menundukkan hawa nafsu dan pujuk rayu syaitan (dalam bentuk jin dan manusia) yang suka menipu dan memperdaya manusia.
Namun begitu,solat 5 waktu yang diwajibkan allah swt bukanlah seperti yang dilakukan oleh insan2 pada hari ini, mereka tidak mengerti erti dan intisari sembahyang itu sendiri. Ketahuilah islam tidak mengheret manusia berbuat amal ibadah dengan cambuk, tetapi segala ibadah yang dilakukan haryslah tumbuh melalui kesedaran agar ia dapat melahirkan kebaikkan hingga ketingkat ihsan yang di sertai keinginan dan kerelaan sendiri. Solat bukanlah bentuk ibadah paksaan atau tekanan melainkan atas dorongan raa ikhlas redha dan kecintaan.
Solat adalah ibadah yang paling tinggi nilainya dan di sukai allah swt sebagaimana firman allah dal surah al-ankabut : “dan sesungguhnya mengingat allah sembahyang adalah lebih besar keutamaanya berbanding ibadah2 yg lain”. Justeru itu ingatlah wahai sudara2ku sekalian, solat itu adalah sesuatu yang wajib kerana allah swt,yang dapat membezakan samada kita kafir atau beriman : kafir jika sesorang itu meninggalkanya, dan beriman kalau seseorang menegakkanya.waulahualam...
sumber : ahmad rafiq jabir..
..hayatailah sebuah puisi indah yang bisa menjentik hati2 kita berfikir tentang sebuah kalimah “haya” alal fallah” ...sumber ikim fm:
DaHIi MeNCeCaH SeJaDaH

BeRsIHKaNLaH DiRiMu SeBeLuM KaMu DiMaNDiKaN,
BeRWuDuKLaH KaMu SeBeLuM KaMu DiWuDuKKaN,
SoLaTLaH KaMu SeBeLuM KaMu DiSoLaTLKaN,
TuTuPLAH AuRaTMu SeBeLuM KAMu DITuTuP DeNgAn KaIN KaPaN SeRbAh PuTeH, DaN WaKtU iTu tAk GuNa LaGi BeRSeDiH WaLauPuN OrG YaNG HaDiR ItU MeRiNTiH,
SeLePaS ITu, KaMu aKaN DiLeTaKKaN DIaTaS LaNTaI LaLu DiLaKSaNaKaN SoLaT JENAZAH DgN 4 KaLi TaKbIr, DaN 1 SaLaM BeRSeRTa FaTiHaH
SeLaWaT DaN DoA,SeBaGaI MeMeNuHi TuNTuTaN FaRdHu KiFaYaH,
NaMuN,aPaKaH 4 KaLi TaKBiR ItU DaPaT MeNeBuS SeGaLa DoSa
MeNiNgGaLKaN SoLaT SePaNJanG HiDuP???
aPaKaH SoLaT JeNaZaH YG TaNPa SaJaD DaN RuKuK ITu DaPaT
MeMBaYaR HuTaNG SuJuD RuKuK Mu YG TuLuH LuPuT,
SuNgGuH TeRTiPuLaH DiRiMu JiKa BeRaNgGaPaN DeMiKiAn,
JuSTeRu Ku MeNYeRu SeKaLiAn MuSLiMiN DaN MuSLiMaT
uSuNGLaH DiRiMu KeTiKaR SoLaT,
SeBeLuM KaMu DiUSuNg Ke LiAnG LaHaD,
MeNJaDi MaKaNaN CaCiNg DaN ULaT,DiRiMu Ke MaSJiD.
SeBeLuM KaMu DIiRiNGi Ke PuSaRa,
TaNGiSiLaH DoSa2Mu Di DuNIa, KeRNa TaNGiSaN TiDaK BeRGuNa Di aLaM BaRZaKH,
SeDaRLaH KaMu SeBeLuM KaMu DiSeDaRKaN,
DaNGaN PaNGGiLaN ISaEL YaNG MeNaKuTKaN,
BeRiMaNLaH KaMu SeBeLuM KaMu DiTaLKiNKaN,
KeRNa IA HaNYa BeRGuNa PaDa YG TiNgGaL BuKaN YG PeRGi,
BeRiSTiGHFaRLaH KaMu SeBeLuM KaMu Di iSTiGHFaRKaN,
NaMuN KeTiKa iTu, iSTiGhFaR TiDaK MeNYeLaMaTKaN,
iNGaTLaH DI MNa SaHaJa KaMu BeRaDa,KaMu TeTaP MeMiJaK BuMi ALLaH
DaN DiBuMBuNGI LaNGiT aLLaH, SeRTa MeNiKMaTi ReZKi TuHaN,
JuSTeRu BiLa DiA MeNYeRu,SaMBuTLaH SeRUaNnYa,
SeBeLuM DiA MeMaNGGiL KaMu BuAT KaLi Yg TeRAkHiR,
InGaTiLaH KaMu DuLu HaNYaLaH SeITiS AiR YaNG TiDaK BeRMaKNa,
LaLu MeNJaDi SeGuMPaL DaRaH,LaLu MeNJaDi SeKeTUl DaGiNG,LaLu DaGInG iTU MeMBAluTi TuLaNG,LAlu JaDILaH KaMu iNSaN YaNG MeMPuNYaI eRTI,
iNGaTLaH aSaL uSuLMu YaNG TiDaK BeERTi iTu,
YaNG BiLa JaTuH KeTaNaH aYaM TaK PaTuK,iTiK TaK HeNDaK
TaPi aLLaH MeNGaNGKaT KaMu Ke SUaTu MeRCu,YaNG LeBiH aGuNG DaRiPaDa MaLaIKaT,LaHiRMu BuKaN uNTuK DuNiA, TaPi GuNaKaNLaH IA uNTuK MeLaYaR BaHTeRa aKHiRaT.
SaMBuTLaH SeRUaN HaYaALaSoLaH DeNGaN PeNuH ReLa DaN BeRSeDiA,
SaMBuTLaH SeRUaN HaYaaLaLFaLaH,JaLaN KeMeNaNGaN DuNIa DaN aKHaRaT,
iNGaTLaH YaNG KeKaL HaNYaLaH aMaL,MeNJaDi BeKaL SePaNJaNG JaaLaN,
MeNJaDi TeMaN Di PeRJaLaNaN,DiGuNa KeMBaLi KePaNGKuAn TuHaN,
PaDa HaRi ITu, TaK BeRGuNa LaGi HaRTa,PaNGKaT,iSTeRi DaN SeGaLaNYa,
aNDaI DaHI TaK MeNCeCaH SeJaDaH Di DuNIa....