Saturday, October 16, 2010

Wanita bukan sekadar hiasan

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim)


Firman Allah dalam surah an-Nisa, ayat 24 yang bermaksud... 

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." 


Wanita ibarat sekuntum bunga, yang mana cantik dan indahnya hanya pada pandangan mata  yang sementara, menjadi pujaan setiap manusia bernama lelaki, namun harus di ingat wanita yang kekal menjadi pujaan manusia adalah seorang wanita yang mulia akhlaknya, kerna akhlak itu umpama bunga diri. apalah erti andai wajah secantik bidadari tetapi tidak pada akhlaknya, bukanka akan cacat dilihat? Bukan cacat anggota fizikal, tapi cacat pada akhlaknya. Tiada berguna andai berwajah cantik walhal hatinya kosong tanpa ilmu, ibarat bunga yang cantik dipandang tetapi busuk baunya. Ada wanita yang tidak menarik pada pandangan mata, tetapi bila diperhalusi dengan mata hati ternyata amat tinggi nilainya, wanita adalah makhluk allah yang sangat istimewa, kemuliaan dan kebinasaan bangsa terletak di tangan seorang wanita. Oleh sebab itulah, allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka, walaupun sangat berat di pandangan mata bagi mereka yang tidak berilmu(jahil dan ingkar), tetapi ia merupakan kemanisan iman yang ada pada wanita solehah.

Kerna itulah jugalah, sebagai anak, dia harus menjadi anak yang solehah,
Sebagai remaja, dia akan menjadi remaja yang berhemah,
Sebagai seorang isteri, dia menjadi isteri yang sangat menyenangkan dan menenagkan hati suaminya,
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasihsayang,
Dan pastinya sebagai seorang hamba allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah dirinya hanya kepadanya…

Fungi wanita :
Pertama, wanita dianggap sebagai fitnah dan juga musuh sekiranya tidak di didik dan di asuh serta dibentuk menurut acuan islam yang indah.
Kedua, wanita merupakan satu ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan kearah kebahagiaan.
Ketiga, wanita adalah anugerah ilahi yang sangat istimewa kepada kaum lelaki yang mencari kemesraan dan juga kebahagiaan hidup dunia akhirat.


Rasulullah bersabda : ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia.
“mereka ialah Asiah binti Muzahim isteri Firaun, Maryam binti imrah ibunda isa, Khadijah binti khuwailid isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad (riwayat bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula simbol wanita dalam ibadatnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Khadijah pula simbol isteri setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa dan harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.

Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahnya; isteri yang setia kepada suaminya serta ibu yang bijaksana membesarkan putera puterinya. Malah, dialah panduan segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang wajar dijadikan ikutan Muslimah.

Sebab itulah islam menyarankan kepada setiap muslim yang bakal melangkah kealam perkhawinan agar berhati2 ketika memilih pasangan hidup, kerna criteria kesolehan isteri penting dalam menjaga rumahtangga.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinsakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama.

No comments: