Sunday, November 14, 2010

aurat wanita : apa sudah jadi???

sekadar perkongsian dan renungan bersama..


"seindah2 hiasan di dunia adalah wanita yg solehah" seringkali terdengar, terpapar, berkata sengaja atau tidak, seringkali juga di jadikan promosi untuk kesedaran para wanita seperti saya juga wanita di luar sana, dengan harapan dapat menarik minat dan hati untuk bersama berusaha ke arah kebaikkan yang pastinya bakal menjadikan kehidupan kita bahagia dengan redha allah..namun, dukacitanya, zaman yang begitu moden kini menjadikan juga wanita alpa akan tanggungjawabnya sebagai wanita dan juga hamba allah, bukan niat untuk berdakwah, jauh sekali untuk menghukum para wanita di luar sana, cuma tulisanku hanya sekadar berkongsi kesedaran dan juga ilmu. 

isu penjagaan aurat di kalangan wanita, bukan suatu perkara yang baru, terlalu bnyk insedin yg berlaku hari ini yang seolah-olah telah mencarik kefahaman umum berkenan aurat wanita. "agaknya kenapa wanita berpakaian seksi di khalayak ramai?' dgn skirt pendeknya, atau baju sendat dan nipis? pasti jawapanya " untuk nampak cantik! dan pada siapa di tunjukkan kecantikkan itu??? jika bukan pada sang lelaki...(maaf kiranya hujah saya salah). kita ambil satu situasi...

siti aisyah : kenapa kamu memakai seksi begini??
nadia libra : tentulah aku ingin nampak cantik dan menawan di mata lelaki! kita kena jaga
kecantikan, bukankah allah itu suka yang indah2 dan cantik serta bersih??
siti aisyah : memaglah, tapi ada batasannya..cuba kamu fikir, jika kamu berpakain bgni, dan llki tergoda
lalu ingn mnyentuh bhgian indh yg d lihtnya pd diri kmu, boleh atau tidak???
nadia libra : ish, awk ni, tentulah tak boleh! itu sudah di kira sexual harassment!

renungkan, jika demikian jawapan wanita ini, tidakkkah kita terfikir dan merasakan, tindakan memaparkan bahagian yg menarik di tubuh wanita juga merupakan satu ganguan sexual kepada lelaki??? bayangkan, apabila seorang lelaki yg sudah naik shawatnya, terlihat pula pada kecantikkan wanita, conohnya pada paha wanita, sudah pasti akan terganggu shawatnya, lalu terdetik keinginan sexualnya secara tidak terkawal. sebab itulah dikatakan berpakaian seksi itu adalah ganguan sexual kepada kaum lelaki. 
bayangkan seekor kucing yang lapar dan di acuhkan dengan ikan? apa reaksi kucing tu?? pasti akan bearsa geram dan tak mustahil dia akan menerkam ikan dan juga muka org yg mengacah tu..tapi tak semua kucing akan terkam, hanya yg lapar dan liar saja. begitu juga lelaki, tidak semua lelaki gagal mengawal nafsunya..

benar, mungkin seorg wanita tu brjaya meriah pandangan istimewa dr kaum lelaki hsil pendedahan kecantikan yg memukau. tp keseronokkan tu hanya palsu dan sementara seja, dan tak akan menambah nilai buat khdpn kekal di alam barzakh dan akhirt melainkan akan menambahkan azab sahaja. pernah berkata seorang insan yang begitu indah keperibadianya " segala pujian yang baik-baik tu akan kembali juga kepada allah sebab dia yang menciptakan manusia". benarlah, bila2 masa keindahan dan kecantikkan yg di pinjamkan ditarik semula tanpa kita ketahui saatnya. mudahan keindahan yg di anugerahkan pada kita menjadi aset untuk kita bersyukur atas nikmatnya..insyallah..

  sumber : bacaan ~ buku untukmu wanita~ permysury lyeenda


Wednesday, November 3, 2010

Rintihan Jiwa Pasrah



di kala sang matahari melabuhkan tirainya,
kesayuan hati mula bertandang,
diri ini mula diulit keresahan,
ketenangan hati yang tertanam di lubuk jiwa yang paling dalam 
ternyata singgah hanya untuk sementara,
kini, ia kembali goyah, berkocak seperti ombak
yang tak pernah letih mengunjungi pantai
ada rasa kecintaan dan juga kerinduan yang menggunung
di sebalik sekeping hati ini
ada tersembunyi rasa sebak yang tak mampu terpancar melalui wajah ini
ke mana harusku luahkan rasa sakit yang terpendam???
pernah aku merintih pada sang bulan,
meluahkan segala yang terbuku, 
namun tiada apa yang aku muliki hanyalah sinaran cahayanya yang menyinari dunia
lalu ku merintih pula pada sang bintang,
 mengharap belas kasih dan menjadi teman
berbicara duka lara
namun, sekali lagi aku kecewa, kerna ia hanya mampu begemerlapan 
dan menunjukkan kerdipannya terhadapku,
meskipun kerdipannya memikat hati,
namun rasa sebak ini tetap bersemadi..
lalu aku merintih pula pada sang matahari
dan bila aku mula berkata, cahayanya menusuk pedih ke mata,
bagaikan tidak ingin menerima sebarang luahan dariku..
dan apakah harus aku merintih pada sang ombak???
yang sudah pasti, akan terus berulang alik menghempas pantai
dan menghadiahkan diriku iramanya..
lantas aku duduk bertafakur,
mencari secebis kekuatan dan merintih pada yang esa..
aku menghadap ya RABB..
kerna aku tahu, segalanya dia lebih mengetahui..
tanpa aku berbicara sekalipun, DIA sedia tahu apa yang terbuku
dalam hati ini..
tangisan mula berpanjangan..
bagai air sungai yang mengalir..
deras dan shadu..
rintihanku bukan kerna penyesalan..
bukan juga kerna kesilapan...
cuma yang aku rintikan adalah keagungan rasa yang di kurniakan untukku,
meskipun sukar untuk ku jalaninya,
namun aku tahu, ia adalah yang terbaik untukku,
kerna melaluinya aku yakin dapat belajar sesuatu kebaikkan..
dan aku akan mencari kebaikkan itu di sebalik kekecewaan dan juga kedukaan..
ya allah..
pelihara dirinya untukku sekiranya dia adalah jodohku, 
pelihara imannya dalam menempuh dugaan darimu, 
agar dia tidak tersasar dari ketabahan dan kesabaran,
doaku sentiasa mengiringinya,
walau pun suatu saat nanti, aku bukan di takdirkan untukknya,
biarlah wanita itu adalah seorang yang mampu
membajai keimanannya terhadapmu,
menjadikan kecintaannya lebih agung terhadapmu..
dan tidak mensia-siakannya kernamu..




dan aku akan lebih tabah..

"walau jauh jarak rembulan dan bumi, namun cahayanya masih mampu menyinari, walaupaun hanya seketika"
begitulah juga cinta ini, meskipun nanti daku tidak mampu menjadi yang halal buatmu, namun dari kejauhan yang tersisa ini, daku akan terus berdoa meminta agar kehidupanmua sentiasa di sinari redoo allah" insyaallah.


                                create by >>> PeRmYsUrYlYeEnDa 

Monday, October 18, 2010

ingin tahu siapa yang mencintai anda sebenarnya??? look this!

“Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia – si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami.”


Mesti ramai yang tidak pernah ambil kisah tentang bagaimana ingin mengukir kecantikkan selaras dengan akhlak kita kan? wanita dan juga kecantikkan tidak dapat dipisahkan, tetapi bagaimana seseorang wanita itu kelihatan cantik di mata orang lain adalah berbeza, pelbagai cara juga kaedah semata2 ingin kelihatan anggun dan juga cantik di mata semua. tapi terfikirka anda? cara lain untuk tampil lebih cantik dengan keredhaan allah ? mungkin saya sendiri tidak mampu untuk melakukannya semuanya..tapi tidak salah sekiranya kita berusaha perlahan-lahan, itulah jalan terbaik untuk jadi seorang wanita yang lebih baik di kehidupan hari ini dan masa akan datang..(berdoa untuk diri sendiri).



sekadar nasihat untukdiri saya sendiri dan bersama2...




1. jika kita ingin memiliki bibir yang menawan, kenapa tidak kita mengucapkan kata-kata kebaikan yangmembawa manfaat bersama...
2. jika ingin memiliki mata yang indah dan cantik, bersama lah kita mencari kebaikkan pada setiap orang yang kita bakal jumpai den temukan.insyallah
3. jika ingin memiliki tubuh yang sihat dan indah, marilah kita berjalan dengan segala ilmu pengetahuan,nescaya kita xkan pernah berjalan sendirian, sebab dari apa yang saya tau, manusia ni jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu sentiasa berubah, begitu juga dengan diri saya, perlu diperbaharui, dibentuk kembali dan juga di ampuni serta di maafkan...huhuhuhu
4. perna terbaca, jika kita ingin rambut yang cantik dan bermaya, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirkanya dengan jari-jemari setiap hari..
5. manusia mana yang tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan kan?? jangan perna memperkecilkan seseorang dari hati kita apabila suda melakukan semuanya, ingtlah sentiasa, jika suatu ketika kita perlukan pertolongan, akan ada sentiasa tangan2 yang menghulur...
6. apabila usia kita bertambah, pasti kita akan sentiasa bersyukur telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri sendiri, dan satu lagi untuk menolong insan lemah yang lain..insyallah..
7. ingatlah kawan-kawan, kecantikkan wanita bukan terletak pada pakaiannya,, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia mempamerkan dirinya..tetapi kecantikkan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia, kerana matanya terletak pada gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang, kecantikkan wanita juga bukan pada paras wajahnya, tetapi kecantikkan yang murni terpancar pada jiwanya, yang penuh dengan kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan dan kecantikkan itu akan tumbuh sepanjang waktu.


Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginyayang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Saturday, October 16, 2010

Rahsia Mata Lelaki

Rahsia Mata Lelaki
Malam pasangannya siang,
Jaga pasangannya tidur,
Rajin pasangannya malas,
Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.
Bila berkata tentang terpikat,maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu,ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya. Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita WAJIB menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.
Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki,
janganlah pula kamu melihat mukanya,
kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika
kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.
Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang
cantik akan menimbulkan fitnah,
maka berpurdahlah kamu,
jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,”Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu”.

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.
Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri..
Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…
Seindah Hiasan adalah Wanita Solehah ^_^
                                                   sumber : http://nurulanis.wordpress.com/2007/07/19/rahsia-mata-lelaki/

Wanita bukan sekadar hiasan

RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita solehah.” (Hadis riwayat Muslim)


Firman Allah dalam surah an-Nisa, ayat 24 yang bermaksud... 

"Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun." 


Wanita ibarat sekuntum bunga, yang mana cantik dan indahnya hanya pada pandangan mata  yang sementara, menjadi pujaan setiap manusia bernama lelaki, namun harus di ingat wanita yang kekal menjadi pujaan manusia adalah seorang wanita yang mulia akhlaknya, kerna akhlak itu umpama bunga diri. apalah erti andai wajah secantik bidadari tetapi tidak pada akhlaknya, bukanka akan cacat dilihat? Bukan cacat anggota fizikal, tapi cacat pada akhlaknya. Tiada berguna andai berwajah cantik walhal hatinya kosong tanpa ilmu, ibarat bunga yang cantik dipandang tetapi busuk baunya. Ada wanita yang tidak menarik pada pandangan mata, tetapi bila diperhalusi dengan mata hati ternyata amat tinggi nilainya, wanita adalah makhluk allah yang sangat istimewa, kemuliaan dan kebinasaan bangsa terletak di tangan seorang wanita. Oleh sebab itulah, allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka, walaupun sangat berat di pandangan mata bagi mereka yang tidak berilmu(jahil dan ingkar), tetapi ia merupakan kemanisan iman yang ada pada wanita solehah.

Kerna itulah jugalah, sebagai anak, dia harus menjadi anak yang solehah,
Sebagai remaja, dia akan menjadi remaja yang berhemah,
Sebagai seorang isteri, dia menjadi isteri yang sangat menyenangkan dan menenagkan hati suaminya,
Sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasihsayang,
Dan pastinya sebagai seorang hamba allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah dirinya hanya kepadanya…

Fungi wanita :
Pertama, wanita dianggap sebagai fitnah dan juga musuh sekiranya tidak di didik dan di asuh serta dibentuk menurut acuan islam yang indah.
Kedua, wanita merupakan satu ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan kearah kebahagiaan.
Ketiga, wanita adalah anugerah ilahi yang sangat istimewa kepada kaum lelaki yang mencari kemesraan dan juga kebahagiaan hidup dunia akhirat.


Rasulullah bersabda : ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia.
“mereka ialah Asiah binti Muzahim isteri Firaun, Maryam binti imrah ibunda isa, Khadijah binti khuwailid isteri Rasulullah saw dan Fatimah binti Muhammad (riwayat bukhari)

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita beriman yang tetap mempertahankan keimanannya kepada Allah, meskipun hidup sebumbung bersama suaminya, Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula simbol wanita dalam ibadatnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada Allah serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan dirinya kepada Allah.

Khadijah pula simbol isteri setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran Islam, berkorban jiwa dan harta bendanya serta rela menanggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam yang diamanahkan pada bahu Rasulullah.

Fatimah pula adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang soleh dan taat kepada ayahnya; isteri yang setia kepada suaminya serta ibu yang bijaksana membesarkan putera puterinya. Malah, dialah panduan segala wanita dan juga seorang wanita mithali yang wajar dijadikan ikutan Muslimah.

Sebab itulah islam menyarankan kepada setiap muslim yang bakal melangkah kealam perkhawinan agar berhati2 ketika memilih pasangan hidup, kerna criteria kesolehan isteri penting dalam menjaga rumahtangga.

Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: “Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya, kelak kecantikannya itu akan membinsakannya; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama.

Saturday, October 9, 2010

red0o dan pasrah..

hidup ini benar-benar banyak menguji kesabaran kan,
kadang-kadang apa yang kita inginkan tak mampu menjadi milik kita,
bukan kita tidak berusaha untuk mendapatkannya,
tapi harus di akui,
andainya ia bukan di takdirkan untuk kita, sejauh mana kita kejar
tetap tak kan menjadi milik kita,
ALLAH lebih tahu apa dan siapa yang terbaik untuk kita,
mungkin hari ini, aku terlepas sesuatu yang baik seperti yang aku inginkan dlm hidup,
aku redoo dan pasrah..
tapi insyallah, di masa akan datang  mungkin ada yang lebih baik kan..
itulah yg di namakan hikmah..
dan aku yakin, sejauh mana kita berusaha dan berdoa dengan ikhlas rasa..
insyallah..
semuanya akan jadi lebih baik..
cuma aku mohon kekuatan..
sebab setiap hari aku bagaikan melakukan kesilapan..
entah sedar, entah tidak..
entah berapa banyak yg telah aku lukakn hati,
kawan, teman, rumate, clasmate, dan sesiapa seja yg wujud dlm hdup aku,
entah berapa banyak dosa yang aku lakukan tanpa sedar,
apalagi dengan sedar..astagfirullahaldzim..akukah itu ya allah???
mohon ampun dn petunjukmu..
peluk hatiku dengan kasih sayangmu..
jangan biarkan aku jauh dr mengingatimu..
aku akan selamaya salah jika melupakan mu..
mohon dengan sangat ya ALLAH...




HaTi-hAtI YaNg MuLiA

salam ukkhwah,
sekadar nak berkongsi satu cerita,
cerita ni aku ambil dari sebuah blog yang bernama tazkirah,
aku just baca2 isi dalam blog tu, tapi aku sangat tertarik dengan satu cerita ni,
dia membuat akau lebih banyak berfikir akan mulianya hati2 insan2 seperti mereka,
mungkin anda telahpon membacanya, 
dan saya terlepas pandang mengenainya, tapi..
teda salahnya andai saya berkongsi dgn pembaca semua..
yg baik itukan dtgnya dr allah..
sama-sama kita ambil iktibar dan perbaiki diri..
itulah yg sedang aku usahakan setiap hari..
amen ya rob...

INILAH HATI-HATI YANG MULIA


Hari itu selepas seminggu beraya dikampung,saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk,saya menyusuri laluan lama.Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan.��
Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu.Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.
'Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum.Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
"Tak apalah dik...abg dah pesan makanan," jawab saya ringkas


           Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak     
            kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.
Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat Setiap yang lalu ditanya... "Tak nak beli kuih saya bang..Pak cik...kakak atau makcik." Molek budi bahasanya!
Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati� saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.
Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Sel epas membayar harga makanan� dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat� berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan� duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.
Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.
Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah� RM10. Saya hulurkan padanya.
" Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak.
Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.
Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.
Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu?
Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah� berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak� itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.
Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu.� Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.
"Abg nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya.� Anak yatim kah??��
Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar� kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.
Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!!!
 ..........................selamat mengambil iktibar.....



Wednesday, September 29, 2010

kerna engaku tidak perna tahu betapa cantiknya dirimu..wanita

Menjadi seorang muslimah ataupun wanita merupakan anugerah yang paling indah. peribadi muslimah sejati akan memberi impak kepada dunia, dan selalu memberi impak kepada sesama muslim di dunia ini. saya mahupun anda diluar sana  selalu merasa yang kita tak punya atau miliki apa2..iyakan??? padahal tanpa kita sedari, kita sudah pun miliki segalanya, ya..kesedaran itu baru datang dalam diri ini, ayuhlah saudaraku yang bernama wanita, jangan merasa kecut jiwa  dan rasa tidak punya kelebihan apapun.."engaku memang cantik"!..hmmm, kita memang cantik..sebab kita adalah ciptaan terindah..hari ni terasa ringan tangan untuk berkongsi sesuatu untuk insan2 yang bergelar wanita, mungkin saya tidak layak untuk berkata, kerna diri ini tidaklah sebaik mana, tapi setiap hari diri ini mencuba menjadi yang terbaik dan memperbaiki setiap kelemahan dan juga kesilapan..insyallah, dr.H perna kata"selagi kita berniat ingin menjadi seorang yang baik, insyallah tuhan akan selalu menemukan kita dengan org2 yg baik juga" jadi sentiasalah berkeinginan menjadi seorang wanita yg baik di samping berusaha semaksima mungkin...insyallah..


"WaHaI WanItA, EnGkAu mEmAnG CaNtIk"

selagi engkau tidak melulu,

selagi engkau menutup malu mu,

selagi engkau memelihara adab,

selagi engkau menjaga aurat,

selagi engkau menjaga waras,

selagi engkau waras berhias,

selagi engkau bersifat fitrah,

selagi engkau pentang menyerah,

selagi engkau terus bersabar,

selagi engkau terus bersolat,

selagi engkau lurus bertaubat,

selagi engkau jujur berilmu,

selagi engkau suami tak jemu,

selagi engkau membaca al-quran,

selagi engkau beradab sopan,

selagi engkau kasih ibubapa,

selagi engkau mendidik keluarga,

selagi engkau pandai menjahit dan memasak,

selagi engkau menyertai kem ibadah,

selagi engkau sabar dan tenang,

selagi engkau tegakkan islam,

selagi engkau mencegah kemungkaran

selagi engkau berkebajikkan,

selagi engkau berniatkan tuhan,

dan engkau memang cantik kerana kau sedindah islam..

yah...inilah yang dinamakan "cantik"

mungkin, daku, kamu dan sesiapa saja menilai kecantikan melalui paras rupa, tapi kecantikkan itu adalah satu yg subjektif..tapi resah hati ini bukan sebab tidak nampak cantik di luaran atau paras rupa, tapi..mampukah daku mencantikkan hati dengan kebaikkan selama hidup ini...terlalu bnyk kesilapan daku lakukan mungkin, sedar atau tidak...
tapi wanita..bersyukurlah dgn kurniaan keindahan atas diri kita...sebab selagi kita reda menerima islam sebagai satu-satunya cara hidup, kita akan sentiasa cantik sebab itulah satu-satunya jalan yang memandu arah dan tujuan sbnr hidup kita.jadi..bilang lah pada diri sendri..kita akan nampak cantik selagi nampak cantik dalam bingkai cermian yang berbunga dari kamar bersama iman dan maruah yang suci...


Monday, September 27, 2010

Muslimah Memang Tak Guna ................

Muslimah Memang Tak Guna ................


Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakankomen anda secara terbuka.

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalamayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A...peringatan untuk diri saya sendiri dan mereka diluar sana...

Friday, September 17, 2010

i'm really like u

I love to see your face..
Because u were seated in my heart
I love to see your smile..
Because you make my heart feel happy,
I love to hear your voice..
Because, its make my heart beat tempestt..
I like the way your speech..
All that really reflects who are u act..
I love when u say ”miz u”
Because its reflects how i was so important in your life..
But sometimes,
I’m sad when u say ”i’m buzy right now”
Because my heart will ask ”the other is more important than me”
And it will hurt me..
Many things u r do really hurting me..
Even if u do not realize it..
Yah...but it’s all in the past..
Now..i’m trying to understand..
Maybe i’m not gud enough for u..but..
I’ll try to be the best for ”him”

Never Gonna Leave Your Side


I feel like a song without the word, 

A man without a soul 

A bird without its wings 

A heart without a home 

I feel like a knight without a sword 

The sky without the sun 

Cos you are the one.. 



I feel like a ship beneath the waves 

A child that lost its way 

A door without a name 

I feel like a breath without the air 

And ever day’s the same 

Since you’ve gone away.. 



I gotta have a reason to wake up in the morning 

You used to be the one that put a smile on my face 

There are no words that could describe how I miss you,And I miss you everday.. 



And I’m never gonna leave your side again 

And I’m never gonna leave your side again, 

Still holding on girl 

I won’t let you go 

Cos when I’m lying in your arms 

I know I’m home.. 



They tell me that a girl can lose his mind 

Living in the pain 

The call in times gone by 

The crying in the rain 

You know I’ve wasted half the time 

And I’m on my knees again 

Till you come to me..