Friday, July 23, 2010

SaHaBaTKu "JuE, sArNi, dAyAnG, wAnA DaN LyN"



ngehehehehehehhe...
inilah kisah cerita sahabat-sahabatku tersayang,
kami punya jiwa yang sama sebab
kami sama-sama merasa pahit manisnya kehidupan di negeri orang,
mungkin insan lain sukar untuk memahami, sebab
jiwa perantau sangat berbeza...
apa yang berbeza????
tepuk dada tanya selera.
hmmm, kami sepatutnya berenam, tapi seorang lagi teda gambarnya,
ntahlah, hari ni terasa teringin plak mo bercerita tentang kawan-kawan aku ni,
kami berkawan sejak masuk UPSI,
yalah kamikan satu course..cuma ada dua orang yang berlainan tapi asal negeri yang sama,
opsssss!!!! jangan fikir plak semangat assabiah kami tinggi, tapi beginilah lumrah
kehidupan perantau, tapi kami still juga berkawan dengan orang lain,
yalah negeri orang kan, mestilah pandai bawa diri dan masuk kepompong hidup
orang lain yang status negerinya dak sama.
hmmmmm, first mo introduced orang penting di UPSI, hahaha


hmmmm, ni juriah..nama manja panggil jue,
manis orangnya kan, biasalah anak bugis kan memang cantik-cantik semua,
sifat????
sangat baik, lemah lembut, smart, bertanggungjawab dan penyayang,
orangnya berhemah kalu bercakap,
yalah apa tidaknya MPPUPSI kan,
kadang-kadang kcian juga tengok dia, sangat buzy, tapi  study dak di abaikan
itulah kelebihan jue, aktif macamnapon, result tetap juga gempak.
mo profile lebih lanjut??
ehm, ada puisi untuk ko jue..
degar ya..hihihihi
ehemmmmm....
"kadang-kadang hati mentafsir kekaburan
menterjemah dalam diam tanpa alasan
namun ketabahan hati yang kau miliki
utuhnya tak seperti tembok hiasan yang bakal runtuh,
kau mengalas tanggungjawab bak menatang minyak yang penuh,
tomahan, sindiran dan juga bualan negatif
kau tepis sekuat hati meskipun ia terasa di lubuk hati yang sangat dalam,
kau angkat ia menjadi mercu kejayaan
dan dorongan ketabahan,
kau terus berjalan ke destinasi yang dituju
dengan langkah kaki yang sedikitpun tidak berundur ke belakang,
jadikanlah pepohon rimbun sabar sebagai pengalas beban..
love u jue...
semoga persahabatan kita menjadi kekuatan untuk kita terus maju ke hadapan k.

hmmm yang ni plak dayang sutinah awang ini,
orangnya kecil molek, manis dan comey jak di tengok taw,
asal negeri sarawak, tapi kalu sua bercakap..nah..terkeluar loghat sabahnya
mengalahkan kami anak jati sabahan ni..hihihihi
antara kami berenam, dia lah macam puteri
kami tatang bagai minyak yang penuh..hahah
besalah, anak bongsu kan..manja cket...
huh, inilah manusia yang aku kenal yang sangat suka dengan korea
lagi-lagi super junoir..
aduhai..part tengok2 korea ni lah aku paling dak ble masuk ngan dia ni,
aku manalah suka korea..huhuhu
tapi dak kisahlah..masing2kan ada citarasa sendiri, di layan jugak bah jadi kawan..
tetap juak kawan kita kan dayang...
"semilir angin yang berhembus tidakkan mampu mengusir rasa bahagia dan gembira
berada bersama kamu, gelak tawa, rajukkan manjamu bagaikan satu jenaka yang mengikat jiwa
untuk tidak menyakiti, kadangkala kehadiranmu di nanti
hinggakan bila pergimu, aku tercari-cari,
kehidupan mu tak mampu membezakan antara kita
meskipun perbezaannya sangat nyata,
ketinggian budi pekerti dan keramahan adalah tanda betapa dirimu sangat di kagumi..
terusan kasih kini terus berpadu menjulang panji janji yang diikat oleh hati.
cayanggggggg dayang!!!!!! love u yang..
semoga kehidupan kita di sini bakal di akhiri dengan perpisahan yang membawa seribu satu kenangan yang membahagiakan kiat bersama.

"kepingan-kepingan kekecewaan
kini kau galas dengan ancaman-ancaman rindu yang bertaut,
senyuman mu kini menjadi penawar resah,
buah fikiranmu menjadi jalan penyelesaian yang hakiki
kau sangat berbakti, kesetiaan kawan yang kau gengami
kini membuktikan betapa kami sangat beerti,
kau memeluk erat janji,
kau pahatkan dalam sanubari,
meskipun dugaan dalam persahabatn menghampiri,
kau pasti dengan setiap kata yang kau beri..

hah..ni namanya sarni laemba,
nilah kawan seiring aku gelar..
yalah kamikan ambil minor yang sama
jadi kemana berjalan tetap bersamalah...
orang harapan ni taw,
rajin, pandai masak lagi..huh...complete taw
ada ciri2 isteri solehah ni..untung sapa dapat..haha
bertanggungjawab lagi tu..nah...
tapi sudah berpunya..jadi harap maaf lah ya..hikhikhik
hmmmm sar, aku mo nyanyikan ko lagu cket ni...
"tunggu sekejap wahai kawan, kerana hujan belum reda...
ckup...ckup..ckup...
apapon..sar love u always!

haah...yang terakhir ni plak...rosalin,
manis orangnya..cantek lagi matanya..
kecik2 dan comey...
kami jarang jumpa tapi, tapi kadang-kadang aku
lebih suka bercerita sesuatu ngan dia ni..
cerita apa??? biarlah rahsia..ngeheheh
dia ni dak sama ngan kami, dia ambil sejarah..memndangkan dia berkawan
rapat dengan c juriah..
jadi berkawanlah jugak dengan kami..
nah..sampai sekaranglah kami berkawan...tambah anggota..
hihhihiihi
"senyuman indah terukir di wajahmu..
gerak langkahmu tersusun ayu.
namun aku kaget tentang sesuatu....
apa sebenarnya yang ada di hatimu...
kerna sangat susah untuk di baca dan sukar untuk
di fahami..
tidakkah dirimu ingin di mengerti???
cubalah selami ke dasar hati..
dan ukir satu nama...
biarkan nama itu bersemadi tanpa ada syarat yang pasti..
lin, ko sangat baik taw...bertuah berkawan ngn ko...
hikihk.

well...inilah sahabat2 ku yang tersayang, meskipun kita berbeza usia
tapi aku dilayan dengan baik dan mesra..
tiada diskriminasi..hehehhe
apapon harap kamu semua senang jugak berkawan dengan aku yang pelik2 ni,
harap persahabatan ni kekal sampi bila-bilapon..
love u all..tq

2 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
pidot said...
This comment has been removed by a blog administrator.