Thursday, July 29, 2010

Ceritera kehidupanku...


Ceritera kehidupanku...

kehidupanku :
bukan mudah untuk menghadapi hidup..
mungkin jalan cerita hidup kita sama..
tapi destinasi yang kita tuju adalah berbeza..
setiap ujian, halangan kita juga berbeza..
himpunan duka yang bertakung kini menjadi danau cinta..
terpalit lumpur cinta memaksaku untuk tunduk menderita..
kabur mata kini terangnya kian nyata..
bahtera yang kian usang itu ku gagahkan jua agar sampai ke destinasinya sebelum hari tua..

cintaaa??? 

tidak mudahnya ku berkata cinta andai hati tak terusik..
“melafazkan kata cinta beerti bertanggungjawab ke atasnya”
sebenarnya daku tak mengharapkan kehidupan ini di warnai dengan kegembiraan, apatah lagi yang namanya “kebahagiaan”
namun aku tak perna lari dari rasa itu,
sebab aku sedar, setiap insan yang hidup di muka bumi tuhan ini adalah insan yang di muliakan kewujudannya..
mencintai bukan beerti kita akan bahagia,
di cintai juga bukan beerti kita akan selamanya di sayangi,
tapi kadangkala, cinta itulah pembunuh keikhlasan,
daripadanya manusia sanggup bertopengkan syaitan,
daripadanya manusia hilang perikemanusiaan,dan daripadanya jugalah musnahnya pelita kehidupan insan...
hipokrit, keegoan, kebencian, dendam semuanya
akan bersarang menjadi nanah cinta..
bila nafsu mengatasi akal fikiran,
halal dan haram tidak lagi di endahkan,
apa yang ada di fikiran itulah sahaja yang ingin dilakukan,
lalu rosaklah dunia cintanya..
maka berlopak-lopaklah segala kasihsayangnya..
adakah ini yang di namakan cinta????
jangan sampai mata hati di butakan oleh cinta..
andai itu terjadi, penyesalan adalah jalan aakhir kehidupan..
cinta adalah satu rasa indah yang sangat sulit untuk di ungkapkan dengan kata..
perjalanan cinta sangat jauh..di kejar sekuat mana pun, dia akan tetap pergi meninggalkan kita bila ia bukan milik kita,
cinta adalah anugerah yang paling agung untuk manusia merasainya, jadi kenapa harus di persiakan rasa itu??
aku akan mencintai seseorang yang boleh membawa dan membimbing aku ke tingkat yang terpuji di sisi allah, dan bukannya ke tingkat yang terkeji..

Jodoh ????
...wanita diciptakan dari tulang rusuk kiri lelaki,
bukan dari kaki untuk di alas, dan bukan dari kepala untuk di junjung, tapi dekat di hati untuk di lindungi dan di cintai..
aku ingin mnjadi seperti siti khadijah di hati rasullullah saw, yang selama hidupnya mengabdikan dirinya hanya kepada suami tercinta..
aku juga ingin menjadi seperti siti mut'hiah, sangat patuh dan menjaga maruahnya hanya untuk suaminya..
ya allah, kurniakan untukku jodoh yang mampu membuat cintaku padamu lebih dalam..
perkhawinan adalah suatu ibadah,
isteri ???
ya, setiap wanita di dunia ini bakal bergelar seorang isteri dan juga ibu..urm..aku bukanlah seorang wanita yang sempurna dari serba serbih, tapi seperti mana wanita lain, aku juga ingin menjadi seorang isteri yang sangat di cintai oleh suaminya,
seorang isteri yang bersedia menerima segala kekurangan dan juga kelemahan diri pasanganya, patuh apatah lagi, syurga itu ada pada suami,
yup..patuh akan ku segera usahakan, kerna itulah namanya kehidupan seorang isteri,
aku nak jadi seorang seorang isteri yang mampu mengurangkan beban duka di hati suami tercinta,
menjadi penyejuk mata, penawar segala derita..
juga penglipurlara seperti mana bila aku dengan family aku..
tapi satu yang aku titik beratkan soal jodoh,
adalah restu kedua orangtua,
tinggi manapun cinta yang ditanggung tapi tiada restu, aku akan melangkah dan berundur..
sebab, keredhaan ibubapa adalah keredhaan allah..
macamna nak hidup tenang kalau tidak di redhai..
huhuhuuhu mengundang bencana...derita..
mudah-mudahan di permudahkan...

iman ???
huhuhuhu aku paling lemah untuk bicara soal iman ni,
sebab aku adalah insan yang terlalu banyak melakukan kesilapan dalam hidup ini..
tapi aku tetap berusaha untuk menjadi insan yang lebih baik,
aku akan pelihara diri dan maruah sebaik-baiknya untuk meraih keredhaan allah..
sebab segala yang aku lakukan bukanlah semata-mata untuk mencari syurga dan menjauhi neraka..
tapi aku lebih ingin mendapatkan keredhaan allah tentang hidup ni, agar semua yang aku hadapi dan jalani akan berjalan dengan baik..
ya allah, meskipun sukar untukku meraih kerehdaanmu, namun masih ku mengharapkan keampunan mu..


impian dan cita-cita ??
 to be continue....







No comments: