Wednesday, September 29, 2010

kerna engaku tidak perna tahu betapa cantiknya dirimu..wanita

Menjadi seorang muslimah ataupun wanita merupakan anugerah yang paling indah. peribadi muslimah sejati akan memberi impak kepada dunia, dan selalu memberi impak kepada sesama muslim di dunia ini. saya mahupun anda diluar sana  selalu merasa yang kita tak punya atau miliki apa2..iyakan??? padahal tanpa kita sedari, kita sudah pun miliki segalanya, ya..kesedaran itu baru datang dalam diri ini, ayuhlah saudaraku yang bernama wanita, jangan merasa kecut jiwa  dan rasa tidak punya kelebihan apapun.."engaku memang cantik"!..hmmm, kita memang cantik..sebab kita adalah ciptaan terindah..hari ni terasa ringan tangan untuk berkongsi sesuatu untuk insan2 yang bergelar wanita, mungkin saya tidak layak untuk berkata, kerna diri ini tidaklah sebaik mana, tapi setiap hari diri ini mencuba menjadi yang terbaik dan memperbaiki setiap kelemahan dan juga kesilapan..insyallah, dr.H perna kata"selagi kita berniat ingin menjadi seorang yang baik, insyallah tuhan akan selalu menemukan kita dengan org2 yg baik juga" jadi sentiasalah berkeinginan menjadi seorang wanita yg baik di samping berusaha semaksima mungkin...insyallah..


"WaHaI WanItA, EnGkAu mEmAnG CaNtIk"

selagi engkau tidak melulu,

selagi engkau menutup malu mu,

selagi engkau memelihara adab,

selagi engkau menjaga aurat,

selagi engkau menjaga waras,

selagi engkau waras berhias,

selagi engkau bersifat fitrah,

selagi engkau pentang menyerah,

selagi engkau terus bersabar,

selagi engkau terus bersolat,

selagi engkau lurus bertaubat,

selagi engkau jujur berilmu,

selagi engkau suami tak jemu,

selagi engkau membaca al-quran,

selagi engkau beradab sopan,

selagi engkau kasih ibubapa,

selagi engkau mendidik keluarga,

selagi engkau pandai menjahit dan memasak,

selagi engkau menyertai kem ibadah,

selagi engkau sabar dan tenang,

selagi engkau tegakkan islam,

selagi engkau mencegah kemungkaran

selagi engkau berkebajikkan,

selagi engkau berniatkan tuhan,

dan engkau memang cantik kerana kau sedindah islam..

yah...inilah yang dinamakan "cantik"

mungkin, daku, kamu dan sesiapa saja menilai kecantikan melalui paras rupa, tapi kecantikkan itu adalah satu yg subjektif..tapi resah hati ini bukan sebab tidak nampak cantik di luaran atau paras rupa, tapi..mampukah daku mencantikkan hati dengan kebaikkan selama hidup ini...terlalu bnyk kesilapan daku lakukan mungkin, sedar atau tidak...
tapi wanita..bersyukurlah dgn kurniaan keindahan atas diri kita...sebab selagi kita reda menerima islam sebagai satu-satunya cara hidup, kita akan sentiasa cantik sebab itulah satu-satunya jalan yang memandu arah dan tujuan sbnr hidup kita.jadi..bilang lah pada diri sendri..kita akan nampak cantik selagi nampak cantik dalam bingkai cermian yang berbunga dari kamar bersama iman dan maruah yang suci...


Monday, September 27, 2010

Muslimah Memang Tak Guna ................

Muslimah Memang Tak Guna ................


Saya percaya bahawa apabila anda mula-mula membaca tajuknya, dan membacanya mengikut intonasi yang betul, anda tersangat tidak bersetuju. Sebelum anda mengatakan rasa tidak puas hati itu, eloklah dahulu anda bertenang dan baca dengan teliti semua fakta yang dikemukakan.
Jika ada mana-mana point yang tidak tepat, nyatakankomen anda secara terbuka.

1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga terbayang kulitnya. Kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yg layak dipakai oleh perempuan jalang.

2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain, lebih-lebih lagi lelaki JAHAT. Dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An- Nur.

3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak. Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol (secara kimia) yg digunakan utk membuat pewangi itu. Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah yang dipesan oleh nabi. Sabda junjungan bahawa wanita yang keluar rumah dgn memakai wangian, adalah seperti pelacur. Bukan tidak boleh berwangi-wangi tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.

4. Perempuan yang kuat pegangan islamnya memang tidak guna kata- kata yang keji, kerana dia tahu sesiapa sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. Lelaki atau perempuan yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk @ jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalamayat 24-26 surah Ibrahim.

5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.
Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri?
Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firmanNya ayat 12 surah al-Hujurat.

6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasul seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.

7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini"Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik" 'Tunduk' di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. "Penyakit dlm hati" adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.

8. Perempuan yang menjaga maruah islam memang tidak guna alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang2 wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yg tidak menyerlah warnanya. atau Mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?

9. Perempuan islam tidak guna kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dlam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untk memakainya dengan cara yang terbaik.

10. Jadilah perempuan islam & muslimah yang B E R G U N A...peringatan untuk diri saya sendiri dan mereka diluar sana...

Friday, September 17, 2010

i'm really like u

I love to see your face..
Because u were seated in my heart
I love to see your smile..
Because you make my heart feel happy,
I love to hear your voice..
Because, its make my heart beat tempestt..
I like the way your speech..
All that really reflects who are u act..
I love when u say ”miz u”
Because its reflects how i was so important in your life..
But sometimes,
I’m sad when u say ”i’m buzy right now”
Because my heart will ask ”the other is more important than me”
And it will hurt me..
Many things u r do really hurting me..
Even if u do not realize it..
Yah...but it’s all in the past..
Now..i’m trying to understand..
Maybe i’m not gud enough for u..but..
I’ll try to be the best for ”him”

Never Gonna Leave Your Side


I feel like a song without the word, 

A man without a soul 

A bird without its wings 

A heart without a home 

I feel like a knight without a sword 

The sky without the sun 

Cos you are the one.. 



I feel like a ship beneath the waves 

A child that lost its way 

A door without a name 

I feel like a breath without the air 

And ever day’s the same 

Since you’ve gone away.. 



I gotta have a reason to wake up in the morning 

You used to be the one that put a smile on my face 

There are no words that could describe how I miss you,And I miss you everday.. 



And I’m never gonna leave your side again 

And I’m never gonna leave your side again, 

Still holding on girl 

I won’t let you go 

Cos when I’m lying in your arms 

I know I’m home.. 



They tell me that a girl can lose his mind 

Living in the pain 

The call in times gone by 

The crying in the rain 

You know I’ve wasted half the time 

And I’m on my knees again 

Till you come to me.. 








Monday, September 13, 2010

Senyum tawa dan juga tangisku.


Senyum tawa dan juga tangisku..

kenapa aku senyum???
mestilah, diri aku..dan punya senyumanku..
aku senyum bila aku rasa sangat happy..
bila aku rasa gembira dan juga bahagia..
senyumku ku juga terukir bila lihat insan2 tersayang bahagia..
bila lihat insan tercinta gembira..
bila lihat dia yang ku kasihi ada di depan mata (ayahibu)
aku juga senyum bila org2 di sekililingku senyum padaku..


tangisku???
aku menangis bila aku sedih..
nanges bila kemarahan yang aku tanggung tidak terungkai..
nanges..bila aku terluka..dilukai..dan juga melukai..
nanges..bila insan yang aku cintai sakit..
nanges bila aku merindui mereka yang disayangi..
nanges..bila masalah membebani kepala..
nanges..bila bulan mengambang..
nanges..bila ingat luka masa silam..
nanges..bila aku rasa tidak diperlukan..
nanges.. bila terasa hati..
nanges..bila makanan di salah masakkan..
nanges..bila mood tiba2 hilang..
nanges..bila mimpi dia yang telah pergi..
nanges..bila mak aku nasihat..
nanges..bila bapa aku kucup dahi aku..
nanges..bila lihat adik2 aku nanges..
nanges..bila aku aku ingat khdpn kecilku..
nanges..bila terasa diri tidak diperlukan..
nanges..bila ada sesuatu yang tidak berbalas..
nanges..bila harus mengecewakan...
dan nanges..bila kenang dosa nan silam...huhuhuhu
 see???? dalam hidup ni aku lebih banyak menangis daripada ketawa dan tertawa...
sebab airmataku free..teda bayaran..huhuhu..betolka??
ehmmm..tidak..tapi sebab..perasaan ku terlalu halus dan susah untuk dimengerti..
                              
                                                                                            permysurylyeenda......




Friday, September 10, 2010

Raya uPsI Tanjung Malim..To..PutrAJAya..1 syawal 2010..



salam syawal..
ni entry last aku sebelum aku pulang KL esok untuk sambung raya
ngan family abg aku, mo cerita cket, tahun ni masuk tahun ketiga aku dak pulang raya
p kampung, dak rindu???? hmmm hanya tuhan jak yang tahu apa perasaan ketika ini,
teda insan yang gembira menyambut lebaran tanpa family terutama ayah dan juga ibu,
senyum yang terukit tak mampu mengambarkan perasaan sebenar..
hakikat lah katakan,
tapi aku yakin..pasti ada hikmah di sebalik semua ni,
tapi tu lah cian ngan mak aku,
aku baru kol..dia sua nanges..
naaaa..tidak kah sayunya hati seorang anak mendengar tangisan kasih dan rindu seorang ibu???
fikirlah sendri..tepuk dada tanya iman..
tidak sedihka hati seorang ayah bila anak2nya ketika kecil dulu yang selalau
duduk di ribaan dan menyambut syawal bersama pada hari ini
tiada di depan mata???
bukan seorang..tapi 7 orang anak..
bayangkan betapa berkecainya dan luluhnya hati mereka..
tapi apakan daya ibu ayah..
semua ni bukan di sengajakan oleh anak-anakmu..
fahamilah daku..
daku di sini juga merasa kosong dan hambar..
apapon raya tetap raya..kena tabah then buat seperti besa..




ya allah, diriku, hatiku..
tabahkanlah wanita ini dalam menempuh liku dan dugaan yang engkau berikan
sesungguhnya hatinya sangat rapuh meskipun dia terlihat sebagai seorang yang tabah,
senyuman yang terukir di wajah ini adalah ikhlas
untuk semua agar dengan senyuman ini mampu mengembirakan
hati yang lain..
iringilah setiap langkahku agar aku sentiasa terpelihara..
amin..
mudah2han ramadhan dan syawal kali ini
mampu menjadi pengajaran dan mendidik jiwaku..
buat makdan ayah di kampung..
ku kirim kucupan dalam angan mengharap keampunan dosa nan silam..
buat semua..camat raya,, maaf zahir dan bati..

Thursday, September 9, 2010

PROGRAM GAWAI DAN TADAU KEAMATAN 
BEST FROM STUDENT SABAH AND SARAWAK
6,7 DAN 8 OGOS 2010......

"geng keras" sarni, lyeenda, dayang dan juriah..
tym ni tengah rehat2 dalam panggung budaya..
so tired but siuk.."ayat sarni"

 geng2 AJK MAKANAN,,
comey-comey kan..hihihih






Saturday, August 21, 2010

Aku IngiN TeRus MeNanGis, MeNanGis, MeNanGis Dan MeNangIs..

Hari yang sangat meletihkan,
tapi aku masih berpeluang untuk mencoret sedikit luahan
dalam blog kesayanganku ni,
luahan tentang rasa yang sangat menyakitkan
tika ini,
mungkin aku tak layak untuk menghukum,
tapi sebagai seorang wanita yang sangat halus perasaannya,
aku berhak untuk menghakimi sesuatu yang wujud dalam hidupku,
kadang2 aku takut yang namanya "dilukai",
sebab aku da puas berendam airmata atas kesedihan yang
dihadiahkan oleh seorang insan yang bernama "..........",suatu ketika dulu,
dan aku jujur mengakui,
sampai ke hari ini,
jiwa ini masih dalam kerapuhan,
sebab itulah aku sangat sensitif,
aku sangat terlalu berhati-hati,
dan malam ni, sekali lagi aku dibebani oleh rasa yang sangat menyakitkan,
rasa yang mungkin tiada siapa yang mampu fahami,
adakah saya benar jika saya harus melepaskan seseorang yang dicintai, untuk melepaskan diri
dari rasa kekecewaan????
aku ingin terus menangis, menangis, menangis dan menangis..
hingga terhapus beban rasa yang sangat menyakitkan ini...
......INGIN BERSENDIRIAN TIKA DAN SAAT INI....




Tuesday, August 17, 2010

CeRiTa LaWaK GiLaK bAh!

dalam aku tengah mencari bahan untuk
buat asaimen aku, aku carilah kat google,
pas tu aku taip je perkataan aku nak,
then, aku jumpa ada satu blog ni,
aku baca cerita lawak dia, hahaha..best taw..melucukan, 
berdegup-degup jantung aku ketawa..hahahaa..
alkisahnya begini....
(menantu yang sungguh luarnya terbiasa)
Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."

Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...

hahahahaha, yg ni plak cerita lawak pasal ayahnya pembohong..kihkihkih
Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.

"Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".

Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."

*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...
dan semua terdiam...
hihihihhihihihihiihihih.tu je lah yg aku rasa gelak sampai mo muntah..hehehehe..

Monday, August 16, 2010

KeTiKa cInTa MeMaNgGiLkU


CINTA
Ketika cinta memanggilku, maka aku akan melewatinya walau jalannya terjal berliku, jika cintamemelukku akan kudekap engkau walau pedang di sela-sela sayapnya melukaiku. Aku hanya inginmenyentuh tangan keabadian karena Cinta adalah satu-satunya kebebasan di dunia karena cinta itumembangkitkan semangat hidup-hidup ku dan gejala alami pun tak mampu mengubah perjalanannya.
Jika cinta tidak dapat mengembalikan engkau kepadaku dalam kehidupan ini, pastilah cinta akanmenyatukan kita dalam kehidupan yang akan datang, dan atas nama cinta aku bersumpah hanya akanmenyanjung cinta dan mencintaimu. Cinta adalah kesesuaian jiwa dan jika itu tak pernah ada, cinta takakan pernah tercipta dalam hitungan tahun bahkan abad. terbalut dalam kerendahan hati walaupunharus bersembunyi dan bergerak dalam kegelapan aku takkan lari demi cinta.
Pertama aku mencintai kau yang pertama adalah imaginasinya dan yang kedua adalah yangbelum dilahirkan. Aku hanya mencintaimu kekasihku, walaupun aku tak tahu ini adalah takdir. Kitaakan selalu bersama dan tidak akan ada yang memisahkan cintaku atasmu.
Suara kehidupanku meski tak akan mampu menjangkau telinga kehidupanmu tapi aku akan bicara untuk dapat mengusir kesepian dan tidak merasa jemu.
Aku mencintaimu kekasihku. Keindahan adalah cintaku kan ku buka tabir penutup wajah, dan kauadalah kehidupanku itu, kau cadar itu. Kau adalah keindahan keabadian yang termangu di depancermin, dan kauadalah keabadian itu, kaulah cermin itu.
Rumahmu tak akan menjadi sebuah sangkar, melainkan tiang utama sebuah kapal layar tuk menuju bahtera cinta yang abadi Aku ingin mencintaimu dengan sederhana... seperti kata yang tak sempat diucapkan kayu kepada apiyang menjadikannya abu... Aku ingin mencintaimu dengan sederhana... seperti isyarat yang tak sempat dikirimkan awan kepada hujan yang menjadikannya tiada.
Aku hanya ingin bahagia, Kekasihku karena kita diikat bersama dalam cinta. Hanya dengan cinta yangindah... kita dapat bertahan terhadap derita kemiskinan, pahitnya kesedihan, dan duka perpisahan, apayang telah kucintai laksana bunga-bunga indah... dan apa yang kucintai kini... akan kucintai sampaiakhir hidupku, karena kau ialah semua yang dapat kucapai... dan tak ada yang akan mencabut dirikudari padanya.
Cinta yang dibasuh oleh airmata akan tetap murni dan indah sentiasa.
Seorang wanita yang telah dilengkapi oleh Tuhan dengan keindahan jiwa dan raga untuk ku cintai,yang sekaligus nyata dan maya, yang hanya bisa aku fahami dengan cinta kasih, dan hanya bisa akusentuh dengan kebajikan.
Tuhan telah menyalakan obor dalam hatiku yang memancarkan cahaya pengetahuan dan keindahan, sungguh berdosa jika aku memadamkannya dan mencampakkannya dalam abu.
Kekuatan cintaku adalah anugerah terbesar yang diberikan Tuhan kepadaku, sebab kekuatan itu tidak akan pernah direnggut dari manusia penuh berkat yang mencinta.
Aku tidak dapat menuai cinta sampai ku merasakan perpisahan yang menyedihkan, dan yang mampu membuka fikirannya, merasakan kesabaran yang pahit dan kesulitan yang menyedihkan  Ketika aku berdiri bagaikan sebuah cermin jernih di hadapanmu, kamu memandang ke dalam dirikudan melihat bayanganmu. Kemudian kamu berkata, "Aku cinta kamu." Aku hanya ingin kau mencintaidirimu dalam diriku.
Sejatinya Cinta baik dibumi maupun dilangit adala karunia Illahi semata, waspadalah terhadap cinta !,
cinta akan memakan hati seperti api memakan kayu.
Apakah aku akan menemukan cinta ? sedangkan ujian belum aku tempuh. Apa yang aku simpan untuk
diriku akan lenyap, dan apa yang aku berikan kepada yang lain akan aku miliki selamanya.
Ya Allah….. dimana lagikah dapat kutemui Cinta Sejati kecuali pada cinta-Mu, kemana lagikah hati iniharus berlabuh kecuali pada kasih-Mu, jadikanlah hati yang lemah ini hanya tertambat kukuh hanya pada-Mu.
Didalam seribu mimpiku yang bertabur sepi yang mengantar kepada-Mu, aku hanya ingin ampunan dan terangilah jalanku.
Meski didunia ini tiada yang sempurna, aku hanya memohon dalam taubatku untuk diterangi jalanku. Ku persembahkan semuanya hanya kepada-Mu, dalam jalanku yang rapuh membuka mata hati
mungkin aku telah lupa dalam lelah dan resah kuteteskan air mata kubersujud kepada-Mu
Didalam seribu mimpiku yang bertabur sepi yang mengantar kepada-Mu, aku hanya ingin ampunan dan terangilah jalanku.
Meski didunia ini tiada yang sempurna, aku hanya memohon dalam taubatku untuk diterangi jalanku.

Sunday, August 15, 2010

SeJaRaH AiDiLfItRi

diam tak diam,hari ni suda enam hari umat islam menunaikan ibadah puasa
dan alhamdullilah, daku masih di beri kesempatan untuk tunaikannya,
teda kata dan cerita yang ingin di luahkan,
sekadar satu bingkisan hati dari seorang insan yang kini hidupnya mewah dengan kasih sayang family yang tidak kan perna padam hingga hujung nyawa...
mungkin masih terlalu awal untuk bercerita tentang syawal yang indah, tapi cubalah dengar dan fahami perasaan ni, sebab daku tahu, tidak semua insan yang lahir di dunia ni menghadapi ujian yang sama, tahun ni adalah masuk tahun ke3 aku study di UPSI, dan dengan itu jugalah ini merupakan tahun yang ke3 kalinya aku meraikan aidilfitri di perantauan ni tanpa ayah dan bonda yang tercinta, tanpa sanak saudara yang gelaknya begitu riang bila raya menjelma,
luahan ni bukan untuk meminta simpati, just ingin berkongsi realiti kehidupan ku,
berkali terdetik di fikiran, "apakah aidilfitri akan datang daku masih diberi kesempatan untuk meraikan aidilfirti bersama family aku???" dan dikesempatan itu jugalah aku berdoa agar kedua ayah bonda ku di panjangkan umur  dan masih di beri kesempatan untuk aku mengucup dahi, pipi dan juga tangan suci mereka yang membesarkan daku...
hukhukhukhukhukhukhukhuhkuhkhukhukhukhuhk
(air mata tak mampu di bendung, just biarkan ia terlerai agar hati tak menyimpan seribu satu kesedihan) masih segar lagi di ingatan aku aidilfitri tahun lalu, kakak sulong, adik dan anak buah aku hubungi aku pada malam persediaan menyambut aidilfitri,
"cik lyn, tidak meriahnya rumah dan raya ni tanpa kamu" dengan deraian airmata yang laju mengalir, aku menekup wajah dan mulut agar suara tangisanku tidak kedengaran, aku hapus airmata dan cuba untuk berlagak tabah, padahal..di hati hanya tuhan jak yang tahu apa yang di rasa saat tu,
apa tidaknya, aku bagaikan seorang puteri girang yang memeriahkan suasana family yang bahagia itu, kadang-kadang aku terasa bagaikan aku adalah NADI kepada keluargaku,
yalah, hari tu time habis cuti semester, aku pulang semula ke UPSI, dan keberangkatan ku pada hari tu mewujudkan satu suasana yang suram, keceriaan tiba2 padam,
dan sehari selepas aku pergi, aku dapat khabar berita mak dan ayah serta adik bongsu aku demam, sampai berminggu-minggu, terasa seperti aku sangat diperlukan dalam keluarga tu,
tapi sekarang ALHAMDULLILAH, semuanya sua sihat....(dapat terima takdir) hehehe
dan kini, aku bakal mengulangi sejarah itu, tapi yang bezanya tahun ni aku beraya bersama family abang aku serta adik aku di KLANG, bermacam-macam pengalaman suda di lalui,
tapi kesedihan tetap sama, mana mungkin kegembiraan menyambut aidilfitri dengan mak ayah bisa mengatasi segalanya kegembiraan di sini, meskipun setiap kali keluar rumah aku kucup mesra tangan kedua makayah aku, tapi tetap tidak kan sama bila mengucup tangan mereka di pagi raya,penuh shadu, penuh dengan keinsafan, penuh dengan kasihsayang dan juga kemafaan,apatah lagi di iringi dengan airmata ibunda ku yang tercinta,  begitu menyentuh sanubari ini,
ibu mana yang tidak menangis bahagia bila anak-anaknya kini menjadi insan yang baik budinya hasil daripada didikkan nya, (love u so much mom....love u so much!)
tapi aku yakin, semua yang aku hadapi hari dulu, kini dan akan datang, ada hikmah di sebalik semuanya,
mungkin ada kebahagiaan di hari mendatang yang tidak di ketahui,
siapa tahu...(sapu airmata lagi...)
inilah tangisan syawal ku...sangat awal bermula dan menanti hari untuk melupakannya,
aku harus hadapinya dengan redha..sebab mungkin inilah takdirnya hidupku yang perlu aku jalani,
ya allah, ampuni dosa kedua ayah ibuku, lindungilah mereka dan kurniakanlah mereka kesihatn yang baik, panjangkanlah umur mereka dan jauhkanlah mereka dari segala kepayahan dan bencana, sesungguhnya mereka bagaikan nadiku, kehidupan mereka adalah kehidupanku, hapuskanlah kesedihan mereka dan tabahkanlah aku dalam hadapi cabaran hidup ini...amin...





Tuesday, August 10, 2010

HaSLYeEnDa..vs HaSLInDa

di waktu ketika dulu, hati ini perna terluka..
dan lukanya mampu buat aku jatuh tersungkur dan rebah..
insan mana yang tidak perna mengalami kekecewaan dan kesakitan rasa yang sangat menyengat dan berbisa,
dulu mata ini juga tak perna kering dari namanya air mata,
hati terus-terusan mengalas beban kerinduan dan kesakitan rasa,
hinggakan diri sendiri tidak mampu menerima insan lain dalam hidup,
tapi kini, aku mampu tersenyum seperti hari-hari dulu,
gelak tawa riangku kini menjadi satu kenikmatan hidup yang terlalu indah,
dan rasa ini lah yang telah lama hilang dalam diri,
meskipun senyuman yang terukir manis dan menenangkan,
tapi tiada siapa yang fahami kekalutan di sebalik senyuman ku,
tapi aku semakin yakin, luka yang kini menjadi parut yang sangat sakit untuk di kenang,
mampu membuat aku untuk berfikir lebih dewasa dan matang dalam membuat keputusan dalam hidupku, sebab bagi aku sekarang,
satu-satunya cara untuk kita memperolehi kasih sayang
ialah jangan menuntut agar kita di cintailah, tapi akan memberi kasih syg 
pada orang lain tanpa mengharapkan apapun balasan,
tapi aku akui, ada saat-saat dalam hidup kita merindui seseorang dengan sangat mendalam, hinggakan kita lupa betapa rasa itu mampu membuat kita dekat ke arah kesedihan,
tapi insan mana yang mampu lari daripada rasa agung kurniaan ilahi,
suka duka kehudupan yang aku jalani kini aku tuju dengan lamgkah gagah penuh kepastian,
hadirnya seseorang yang sangat dicintai kini juga menjadikan hidup ini,
lebih ceria dan lebih bermakna, cuma ada sesuatu yang masih di ragui dalam diri ini,
kadangkala aku terlalu mengukur kesempurnaan, hinggakan aku rela melepaskan
dan tak ingin terima kenyataan kekurangan,
padahal aku cukup tahu manada insan dilahirkan sempurna,
tapi aku sendiri kini berusaha untuk terima seadanya, sebab aku juga penuh kekurangan,
di sebabkan kekecewaan lalu juga aku kini menjadi seorang yang sangat sensitif,
kadangkala wujud rasa bosan melayani rasa cinta,
ada ketika juga aku merindui saat-saat ketenangan hidup tanpa "cinta",
sebab cinta membangkitkan rasa cemburu, curiga, sakit hati, sedikit kecewa, geram 
dan macam2 lagi rasa yang menyakitkan dan menyesakkan fikiran,
tapi aku juga tak mampu untuk lari dari rasa cinta , apapun
yang aku mahu hari ini, esok dan selamanya
adalah terus tersenyum bahagia....


HARI KARNIVAL PESTA GAWAI KEAMATAN 2010

SARNI, LYEENDA, DAYANG DAN JURIAH
suka suki, berehat-rehat dalam panggung budaya menghilangkan keletihan yang
mengigit rasa.



malam citrawarnarainforest festival,
(fakulti seni dan muzik : 07 julai 2010, 10.pm)
jerry, sarni, lyeenda, dayang, hasni, afni dan jamalia.


Malam terakhir pesta gawai keamatan 2010...AJK makanan