Friday, February 12, 2010

hari ni memang jumaat yang indah..huhuhuu..hari d mana bermulanya cuti midterm yang aku tunggu selama ni, bukannya aku nak g melancong atau apa..tapi aku sangat2 merindukan kesepian dan ketenangan.insan2 seperjuangan dengan ku mula melangkah dengan bahagia menuju ke pangkuan family masing2..ceeewah..ayat sedey ni sebenarnya..tapi apakan dayaku..beginilah nasib c perantau..yang mana siangnya bagaikan berpaut pada dahan..dan apabila malamnya berselimutkan ranting...jadi apa yang mo d kongsi pada hari ni ialah..sedikit cerita mengenai hari akhirat, memandangkan hari ini adalah hari jumaat yakni hari segalaa hari dan d mna ia juga hari berlakunya kiamat..jadi sy nak kongsi sedikit ilmu yang mungkin bermanfaat untuk kita bersama...
"PeRSIaPaN mEnGhADApI hArI KiAmAt"
Telah dinyatakan bahawa tanda2 kiamat adalah petunjuk atau isyarat yang sudah hampirnya hari kiamat dan bakal menyusul pula tanda2 kiamat besar. Sebahagian ulama telah mengira tanda-tandanya dan menemui lebih 90 tanda walaupun berbeza menurut para penghitungnya.Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti
seperti yang dinyatakan dalam hadis iaitu : sabda Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmidzi
tanda-tanda kiamat kecil mengikut dalil:
1) Dari Auf b. Malik r.a., katanya,"Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat" Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
3) Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
4) Bermaharajalela alat muzik
Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi2 wanita" - Ibnu Majah
5) Menghias masjid dan membanggakannya
Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
6) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik
Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat  Ahmad dan Hakim
7) Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan
8) Ramai orang soleh meninggal dunia
Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad
9) Orang hina mendapat kedudukan terhormat Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat
ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani
10) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.""Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
..cuba renung dan fikirkan..apakah suma tanda ini telah berlaku pada dunia hari ni??? ianya sangat jelas..di sini aku ingin melontarkan rasa sakitnya jiwa dan menderitanya naluri kasihsayang apabila melihat di dada akhbr ada saja bayi yang di buang hasil daripada perbuatan keji dua insan yang terlalu rakus mengejar keindahan dunia sehinggakan mereka lupa segala hukum allah



No comments: